Wednesday, December 10, 2008
Eidul Adha..1429H
Friday, December 5, 2008
Selamat Menjadi tetamu Allah
Tuesday, November 25, 2008
Dari Geylang ke Putrajaya..
Alhamdulillah..last weekend we went to Singapore again..and hopefully this isnt the last time here for 2008..hehe. This time, inteam was invited to perform in a dinner show of Madrasah Wak Tanjung..somewhere in Geylang..the same Madrasah that we came about 4 month ago..
Thursday, November 20, 2008
Selamat..selamat..selamat..2..
1) Selamat Pengantin baru..Fairuz & Hayati (Fairuz adalah PR Inteam)
Semoga keduanya di kekalkan jodoh hingga ke syurga..di berkati dan hidup berumahtangga dengan mawaddah dan rahmah..amin
Jauh jugak kami sekeluarga khususnya isteriku dan anak2 yg jarang berjalan merantau..hingga ke Grik untuk walimah Fairus & Hayati ni..on the way balik kami singgah di Sg Petani..bumi yang penuh kenangan khususnya buat isteriku..saje je aku gagahkan keringatku ke sana dengan meminjam Waja sahabatku Us Min..selesa la sikit bejalan..hehe..hampir 10 tahun isteriku tidak menjejakkan kaki ke sini..apa yang istimewanya? apa yang berlaku di sini? yang dapat aku kongsikan di sini..di sinilah kejauhan dari keluarga membuatkan isteriku jadi seorang yang tabah..belajar berdikit-dikit dalam hidup..belajar berkorban untuk orang tua walau belum selayaknya berkorban..banyak lagi..untuk isteriku..moga kesabaranmu terbalas di syurga..amin..
Bunyamin bergambar di Petronas Sg Petani..kira duta x rasmi la..
2) Selamat menjalani rawatan..
Untuk isteriku yang tercinta..melalui kaedah chiropractic untuk penyakit yang di alaminya..setelah bertahun menanggung kesakitan..walaupun tersenyum di hadapan ramai..juga setelah beberapa rawatn di cuba..hingga akhirnya jalan yang biasa adalah melalui surgery..cost? 18k..mahal kan..tapi itulah harga sebuah kesihatan..yang kalau kita yang sihat x jaga akan tahu nasibnya kelak..
Namun aku dengan Hidayah terjumpa satu rawatan (chiropractic) yang dapat mengubat penyakit berkaitan bones&joints ni..n after some research..i decided to bring my wife to 1 chiropractic centre located at Bkt Damasara..The Doc was from Cansas..and 11 years experienced consulting this types of pain..

MRI...contoh je..
The first day..Doc recommended us to have an MRI..in which thru this advanced imaging machine..the problem of the bones and joints could be traced in details..one by one..Alhamdulillah..the next day, together with MRI..Doc told us what is actually happened for the past 5 years..(perhaps more..). Luckily the tears in the slip disc of L4 and L5 hasn't yet pushing the spinal code..if it was..paralyzed will usually be the outcomes...na'uzubillah..
20 treatments at least..my wife feel the changes at the very first treatment..but the pain still come and go..mudah2n Allah sembuhkan sakit isteriku ini..amin..tolong doakan sama..syukran..
Thursday, November 13, 2008
Terjemahan Bismillah Ruqyah
Buat mereka yang telah mendapatkan album ayat-ayat ruqiyyah Ustaz Taha Hassan Azhari dan tertanya-tanyakan maksud Bismillah Ruqiyyah..inilah dia
Terjemahan Bismillah Ruqyah
بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan nama Allah aku memohon penyembuhan)
1. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala penyakit yang menyakitiku;
2. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala ujian yang menyakitiku;
3. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala kejahatan dan kesusahan yang menyusahkanku;
4. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala sihir atau sihir pandangan niat jahat atau sihir pandangan hasad dengki;
5. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan segala sihir atau sihir orang yang menyihir atau orang yang mengamalkan sihir;
6. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan segala sihir atau pembohongan orang yang berbohong atau penipuan orang yang menipu;
7. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
8. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari sihir kejahatan pandangan niat jahat;
9. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan orang yang berdengki apabila ia melakukan dengkinya;
10. Dengan nama Allah sembuhkan aku dari kejahatan orang yang bersihir apabila ia melakukan sihirnya;
11. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan pengamal sihir apabila ia mengamalkan sihirnya;
12. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan orang yang pembohong apabila ia mengamalkan pembohongan sihirnya;
13. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang memeliharaku serta hanya kepada Allah jua cukup bagiku;
14. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menyembuhkanku serta Allah jua yang memaafkanku;
15. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menyelamatkanku serta Allah jua yang menguatkanku;
16. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menolongku serta Allah jua yang melindungiku;
17. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang membaikkan diriku serta Allah jua yang memberi rezeki kepadaku;
18. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang membantuku serta Allah jua yang membaikkan diriku;
19. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menolongku serta Allah jua yang melindungiku;
20. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menjagaku serta Allah jua yang membentengiku;
21. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang memeliharaku, mengawalku serta Allah jua yang menjagaku.
** Doa ini diterjemahkan ke dalam bahasa melayu kerana permintaannya terlalu ramai. Dan ianya dipetik dari kitab Dalil al-Mua’lijin Bi al-Quran al-Karim, karangan oleh Riyadh Muhammad Samahah, cetakan oleh Maktabah Taufiqiah, Mesir.
Di dalam cd bacaan ayat-ayat Ruqyah saya, doa ini tidak diterjemahkan atas sebab-sebab yang tertentu. Maka, bagi mereka yang memerlukan terjemahan ini bolehlah ditulis atau difotostat serta disalin semula untuk tujuan pemahaman dalam amalan harian.
Sila sebarkan kepada semua yang berhajat khusus kepada mereka yang membeli cd tersebut. InsyaAllah, segala usaha kita akan diberkati dan diberi ganjaran yang setimpal. ~ Amin ~
Wassalamu A’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Diterjemahkan oleh,
Mohammad Taha bin Haji Hassan,
Fakulti Hadith,
Universiti Al-Azhar Al-Syarif,
Republik Arab Mesir.
Saturday, November 8, 2008
Selamat..selamat..selamat..
1)Selamat Hari Lahir Syeikh Hazamin al-Inteami (7 Eleven)
Semoga terus panjang umur dalam keberkatan, di kabulkan segala hajat dan terus jadi rijalun soleh..contoh buat semua..amin..(kek tu sedap wo..)
2) Selamat Hari Lahir Abg Radzi Sulaiman (Ito Lara)
Semoga di panjangkan umur dalam dalam keberkatan..terus dapat menghasilkan lirik2 yang bisa mengetuk hati2 yang keras sepertiku agar selalu ingat Allah dan RasulNya..amin.
Saturday, November 1, 2008
Majlis Ilmu..
Majlis anjuran Pejabat Mufti Kuala Lumpur bermula pagi Sabtu 1 Nov '08...tapi kerna pelbagai keuzuran aku hanya dapat join selepas zohor..frust jugak lah sebab tak dapat gift beg dari penganjur..kan apa,ade buku dalam tu..dan buku tu mengandungi kertas kerja yang di bentangkan sepanjang seminar tersebut..melepas..
Anyway alhamdulillah sempat jugak go thru 2 paper..yang paling best kertas kerja terakhir oleh Ustaz Mahfuz al-subki..Dialah yang paling lantang meradd salaf wahhabiyyah ni..atas kertas kerjanya tantang Imam Abu Hassan Asy'ari.Banyak..banyak sangat bende kalau nak di nukilkan di sini..cuma bagiku yang penting program seperti ini perlu di giatkan lagi..di sebarluaskan lagi dan yang paling penting orang ramai yang cetek pengetahuan agama seperti aku kenelah selalu join program ni agar kita tidak mudah di perdaya..dan ulama' kita senang2 je di perlekehkan..apatahlagi semua bersangkutan perihal aqidah beb..
Haul Imam al Haddad
Pernah dengar Ratib al Haddad? Wirdul Latif? ini adalah buahtangan Imam al Haddad yang wafat 7 Zulkaedah 1132H. Di gelar Mujaddid kurun ke 12, terlalu banyak jasa al Imam kepada kita walau tidak pernah kita ketahui..Majlis Haulnya di adakan di 3 masjid di KL secarat berturut2..tapi aku dapat pergi yang Masjid Baitul Aman,Jln Damai,Ampang. Ramainya ummat..ramai yang berdiri di luar masjid melihat dan mengamati majlis dari jauh..
Xde perasaan nak amik gambar..dek ramainya orang..celah2 ramai tu terjumpa junior aku di sek dulu yang berketurunan Syed..memang ramai orang Arab malam tadi..ramai ulama' turun termasuk Mufti Singapura..Majlis yang di hadiri 'Sultan Ulama; dari Hadramaut-al Allamah al Habib Salim b Abdullah Asy Syatiri ini diberitakan turut diadakan di Singapura..dan para Habaib dan ulama ini juga berkumpul di Maqam Habib Nuh yang kami kunjungi setiap kali ke Singapura..
Lagu Salamun Salam yang kami nyanyikan selama ini adalah antara karya Imam al Haddad..allhamdulillah,hadhirin semua diijazahkan semua wirid dan amalan al Imam yang masyhur..termasuk syi'ir salamun salam..ratib al haddad,wirdul latif..moga aku di beri kekuatan utk mengamalkannya malah utk beristiqamah dgnnya..amin
Thursday, October 30, 2008
Aktiviti Keluarga..
Macam berjanji pulak pengantin lama ni dengan pengantin baru ek?..hijau je..hehe..
Hari-hari beginilah khususnya aku dan adik beradik dapat berkumpul..yelah raya memang dapat jumpa..tapi jarang yang serentak..semenjak ayah meninggal..abang2 dan kakak2 selalu balik raya ke2..jadi aku dengan raya ke mana2 entah,kekadang x dapat jumpa semua..abang2 kakak2 ku semua dah jadi atok..maklumlah usia kami memang jauh berbeza..layak sangat pun kalau jadi mak dan ayah..dan sememangnya mereka yang menggantikan ayah..untuk meneruskan cita2 ayah agar aku jadi orang berguna..
Bergambo kat bilik pengantin..biar diorang amik berkat kitorang..cewah..berkat sangatlah!hehe. Yang paling penting hari2 beginilah aku dapat seharian bersama Ahlul Baytku ini..Hajar,Fathiah,Bunyamin&Khadijah.. :) Semoga Allah menyayangi kalian..amin..
Gambar putera puteriku di kerusi pengantin..
Thursday, October 23, 2008
Selamat Kembali ke Bumi Anbiya'..
Awal pagi tadi sahabatku Taha pulang ke Mesir..Aku dan pastinya keluarga & rakan2 yang lain mendoakan agar Musafir Ilmunya selamat hingga dia kembali ke tanah air. 4 bulan terasa begitu pantas bagi aku berdamping dengan Us Taha. Mungkin dia 'boring' dengan aku yang asyik nak menyibuk ngan dia, tapi aku sangat bersyukur menjadi sahabatnya..
Kepulangannya ke Malaysia kali ini mungkin memenatkan Taha. Itulah beza pencari Ilmu dengan orang yang menunggu Ilmu datang padanya. Taha tidak berehat walau tengah bercuti belajar..aktivitinya penuh disana sini..tambahan lagi rezqinya dapat merakamkan album ayat2 ruqiyyah membuatkan namanya agak dikenali. Apatahlagi menjadi anak kepada Ustaz Dato' Hassan Azhari membuatkan masyarakat lebih mudah menerimanya..alhamdulillah..yang pasti jariah Abahnya kini bersambung dengan Taha.
Sehingga ke saat akhir dia di sini semalam dia sibuk lagi dengan pelbagai xtvt..termasuk datang ke pejabat kami..alhamdulillah kami dapat juga meraikan Taha di pejabat beberapa hari lepas. Tapi sebagaimana aku buat surprise pada dia tentang majlis tu,begitu juga dia surprise pada aku malam tadi..hisy..nak balik flight pukul 2 pagi..11.45 baru call bagitau..padahal waktu tu dia dah sepatutnya dah kat airport,tapi kat umah lagi. Aku memang dah cakap dengan dia hajat aku nak hantar dia ke KLIA..mungkin juga kawan2 lain pun sama..tapi kerana surprise ni..smua tunggang tebalik.
Aku gagahkan jugak pegi selepas Taha call, dalam hatiku..bila lagi aku dapat jumpa..nanti2 belum tentu..Alhamdulillah kami bertolak dari Keramat Hujung kira2 12.15..padahal flight depart 2 pagi..di pertengahan jalan Kak Long Taha minta speed up sbb gate nak tutup dah..Sampai 1.05 minit lebih kurang..dengan berlari2 bawak beg yang banyak..akhirnya aku x sempat salam sahabatku ini..dah x sempat sangat..Taha call bila dia dah sampai dalam train ke International Terminal je..alhamdulillah dan amin atas doa enta..moga2 enta berjaya terus..amin.
Taha menandatangani buat kali pertama pd albumnya di Singapura..
Perjalanan balik,makcik dalam kereta x habis risaukan anak bujangnya..penat,kesian dan macam2 lagi di katakan pada Tahanya..dahlah 1 beg penuh dengan makanan x lepas masuk..lagi makcik sedih..xpelah..pos..kata adik-beradik Taha yang lain..yelah..mak mana yang tak risaukan anak2nya kan..apapun yang penting bagiku makcik dan pakcik dah berjaya mendidik anak2 mereka jadi orang yang baik dan berilmu..mabruk..
Taha dah selamat sampai..alhamdulillah. Selepas kelas dia melepaskan kerinduan ke maqam2 ahlul bayt yang ramai di mesir..Alhamdulillah aku pun dulu sempat ke maqam saidina Hussein dan maqam Imamuna Syafei.. Yang di tanahair Malaysia akan terus mendoakan kesejahteraan Taha di sana..keluarga,rakan2 dan anak muridnya yang ramai pasti mendoakannya..apatahlagi insan yang mendapat kesan positif hasil Ayat2 Ruqiyyah yg dibacakannya..
Thursday, October 16, 2008
Mendatanglah Kalian Ahlul Bayt..Ahlan..
Dari al Bukhari daripada Abu Bakr As Siddiq R.A berkata yg maksudnya;
"Peliharalah (jagailah) wasiat Muhammad S.A.W tentang ahli keluarganya".
Masyarakat kita khususnya di Malaysia kurang terdedah pada cintakan ahlul bayt sedangkan melakukannya boleh membawa kebaikan pada kehidupan kita,InsyaAllah...inilah kelebihan nabi kita Muhammad S.A.W.

Baru2 ni As Syeikh Al Habib As Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani..ulama yang bernasabkan Rasulullah datang dari tanah Hijaz yang mulia,Makkah. Kedatangan beliau di sambut meriah para pencinta ahlul bayt dan pencinta ilmu..
Kesempatan yang terbatas membuatkanku x dapat pegi banyak halaqah dan majlis ilmu bersama As Sayyid..tapi alhamdulillah semalam sempat juge aku, Us Toha & Us Hazamin pergi ke Ba'Alawi,Kemensah menemuinya...bersama ratusan yang lain..
Majlis Ringkas tapi cukup berkesan di hati..As Sayyid Al Habib Ahmad duduk di tengah berselendang hijau sunnah datuknya (S.A.W),di apit oleh As Syeikh Baba-seorang 'alim hadith dari Fhatoni dan Syeikh Fuad al Maliki..Mudah2n kedatangan Al Habaib ke Bumi Melayu ini akan menjadi asbab kesuburan iman,ilmu dan rezqi kita di negara bertuah ini..Amin..