Saturday, November 1, 2008

Majlis Ilmu..

Seminar Pemurnian Aqidah

Majlis anjuran Pejabat Mufti Kuala Lumpur bermula pagi Sabtu 1 Nov '08...tapi kerna pelbagai keuzuran aku hanya dapat join selepas zohor..frust jugak lah sebab tak dapat gift beg dari penganjur..kan apa,ade buku dalam tu..dan buku tu mengandungi kertas kerja yang di bentangkan sepanjang seminar tersebut..melepas..



Anyway alhamdulillah sempat jugak go thru 2 paper..yang paling best kertas kerja terakhir oleh Ustaz Mahfuz al-subki..Dialah yang paling lantang meradd salaf wahhabiyyah ni..atas kertas kerjanya tantang Imam Abu Hassan Asy'ari.Banyak..banyak sangat bende kalau nak di nukilkan di sini..cuma bagiku yang penting program seperti ini perlu di giatkan lagi..di sebarluaskan lagi dan yang paling penting orang ramai yang cetek pengetahuan agama seperti aku kenelah selalu join program ni agar kita tidak mudah di perdaya..dan ulama' kita senang2 je di perlekehkan..apatahlagi semua bersangkutan perihal aqidah beb..

Haul Imam al Haddad

Pernah dengar Ratib al Haddad? Wirdul Latif? ini adalah buahtangan Imam al Haddad yang wafat 7 Zulkaedah 1132H. Di gelar Mujaddid kurun ke 12, terlalu banyak jasa al Imam kepada kita walau tidak pernah kita ketahui..Majlis Haulnya di adakan di 3 masjid di KL secarat berturut2..tapi aku dapat pergi yang Masjid Baitul Aman,Jln Damai,Ampang. Ramainya ummat..ramai yang berdiri di luar masjid melihat dan mengamati majlis dari jauh..

Xde perasaan nak amik gambar..dek ramainya orang..celah2 ramai tu terjumpa junior aku di sek dulu yang berketurunan Syed..memang ramai orang Arab malam tadi..ramai ulama' turun termasuk Mufti Singapura..Majlis yang di hadiri 'Sultan Ulama; dari Hadramaut-al Allamah al Habib Salim b Abdullah Asy Syatiri ini diberitakan turut diadakan di Singapura..dan para Habaib dan ulama ini juga berkumpul di Maqam Habib Nuh yang kami kunjungi setiap kali ke Singapura..


Lagu Salamun Salam yang kami nyanyikan selama ini adalah antara karya Imam al Haddad..allhamdulillah,hadhirin semua diijazahkan semua wirid dan amalan al Imam yang masyhur..termasuk syi'ir salamun salam..ratib al haddad,wirdul latif..moga aku di beri kekuatan utk mengamalkannya malah utk beristiqamah dgnnya..amin

1 comment:

ابن حسن الأزهري said...

Tahniah, wlpn ana dah takde di samping enta.. enta tetap teruskan mencari ilmu. Mmg dlm firasat ana, enta akan kalahkan ana suatu hari nanti. Sekarang ni sudah hampir. Doa enta dimustajabkan tuhan, krn ilmu enta semakin meningkat dan terus meningkat!!