Monday, May 26, 2008

Macam mana kalau kita rindukan Kekasih?


Mesti hari-hari kita nak dekat dengan dia, cakap dengan dia, tanya khabar dia dan sebagainya. Bila dia takde mesti kita rasa bimbang dan risau apalah dia tengah buat...selamat ke tak dia dan lain-lain..betul tak? Dan kalau kita rapat betul dengan kekasih kita mestilah dia selalu jadi tempat kita mengadu senang susah kita..

Tapi adakah ALLAH dan RASULULLAH tersenarai dalam Kekasih kita?

Aku sendiri tak selalu melakukan apa yang ku tulis tadi..syukurlah ALLAH beri sakit kekadang tu..untuk mengingatkan aku kembali padaNYA..Jauhlah aku berbanding RASULULLAH..yang amat cinta dan kasih pada TUHANNYA..dan RASULULLAH lah yang paling berjaya beri contoh betapa dalamnya kasih baginda pada ALLAH..

Saturday, May 17, 2008

Penantian berakhir...

Segala puji bagi Allah, dengan Izin dan Rahim Nya isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat, 10 Jamadil Awwal 1429H bersamaan 16.Mei 2008.Alhamdulillah thumma alhamdulillah..proses bersalin telah Allah permudahkan setelah kami menanti penuh debaran.

Ni lah dia anakku setelah 1-2 jam di lahirkan..mesti semua cakap dah bukak mata? budak-budak sekarang..tak macam dulu.

Sebab apa kami berdebar? Dulu, kakak dan abangnya lahir 2-3 minggu awal sebelum tarikh due. Yang ni memang mendebarkan..tak nak keluar pulak..Mungkin nak jadi anniversary gift untuk ummi&walid..ahlan wa sahlan anakku..

"Pohon doa semua agar ibu&anak selamat"..itulah antara mesej yang saya sampaikan pada keluarga dan sahabat handai untuk berkongsi kehadiran anak ini..Dalam banyak-banyak ucapan balas tahniah dan doa dari semua..(Sykran Jazilan), ada seorang sahabat menelefon saya..katanya "Allah Maha Besar, Dia baru sahaja 'menjemput pulang' ninda ana sebentar tadi..dan anak enta lahir pulak.." Maha Suci Allah Yang Menghidup Dan Mematikan Sesiapapun Yang Dia Kehendaki..Moga kita mati dalam Iman...Amin..

Thursday, May 15, 2008

15 Mei..


4 tahun lepas..pada tarikh inilah ibn osman&zaujah dinikahkan..pejam celik,dah 4 tahun.smbtn lbh bbentuk ingatan antara kami..semoga kekal bahagia hgga k syurga. dalam 'ada takde' sempat juga beli kek untuk makan sama-sama.sedap tak? zaujah ibn osman pun tgh tggu kelahiran org ke-5 dalam keluarga kami..jangan salh paham..org ke 5..anak ke 3..semoga segalanya dipermudahkan..amin..

Sunday, May 11, 2008

Hari-hari adalah hari ibu:-)


Pun begitu,ibn osman smbut jgk hari ibu ni,utk mghargai ibu..sementara mereka masih ada..
Kebetulan ibu Ibn Osman ada sekali pada waktu ini dalam menjaga anak menantu yang bakal bersalin. Mak mertua pulak di uji dengan sakit kanser..Syafakillah..Jadi dia keluar masuk hospital untuk kemoterapi dan radioterapi kansernya. Moga mak kuat dan cepat sembuh..
Kalau dulu mak mertualah yang banyak menjaga anaknya ni bila bersalin..tapi kini kami adik beradik yang bergilir-gilir jaga mak..benarlah kata orang..seorang ibu boleh menjaga ramai anak, tapi anak yang ramai tadi belum tentu dapat menjaga seorang ibu.Subhanallah..Itulah kelebihan pada seorang ibu..Selamat hari Ibu untuk semua ibu-ibu termasuk ibu pada anak-anakku..:)