Sebelum 1 Ramadhan,aku balik ke Segamat tercinta untuk show merdeka di Segamat..rasa bertuah juga dapat berda'wah pada masyarakat sendiri..Segamat makin maju alhamdulillah..cuma aku risau melihat kemajuan maksiat yang berlaku pada malam itu..pastinya bukan sahaja di segamat tapi segamatlah menjadi kerisauan ku dek kerna bumi inilah tempat kelahiranku..sambutan memang meriah..ramai yang datang...tapi tu lah..ramai couple yang datang bawak kekasih masing2..kalau yang bujang2 datang pun pakaian amatlah merobek iman..mudah2an Islam akan lebih di hayati oleh Segamat (penduduknya) yang hakikatnya ramai orang baik2..Wallahu a'lam.
31 ogos 2008
Aku ada jemputan dari kawan lama sekolah rendah yang lebih 10 tahun x jumpa pada tengahari tu tapi dalam masa yang sama aku di ajak ke 'Haul Saidatina Khadijah' oleh Ustaz Toha. Aku sendiri xpernah dengar program ni..tapi aku terasa sangat2 nak pergi..kenapa ya?...setelah berfikir lebih 2 hari aku bulatkan tekad untuk pergi juga ke Yayasan As Sofa tempat berlangsungnya Haul tersebut..yang terletak lebih 100km dari Segamat..bukannya apa..drive sorang2 Segamat-Rembau pada malam hari memang seram..jalan sunyi..tapi tekad yang bulat tadi menjadi penemanku selepas Allah dan Malaikatnya..
1 Ramadhan 1429
Sampai di pekan Kota,Rembau..aku berhenti di Petronas utk bertanya Yayasan As Sofa,setelah mendapat cluenya,aku pun bergerak meninggalkan Petronas,tiba2 aku di dekati oleh seorang mat motor yang bertanya..abg nak ke Yayasan As Sofa?aku mengangguk.."Biar saya tunjukkan"..Allah..dalam hatiku..betapa aku di jemput sebenarnya untuk menghadiri majlis kekasih nabi..untuk pemuda tersebut..Allah ada bahagian kebaikan untukmu..
Yayasan As Sofa memang baru..dan mungkin belum siap sepenuhnya..di kepalai Syeikh Fuad al
Maliki...ia memang sebuah perkampungan ilmu..aku solat asar sesampainya di musolla/madrasah.orang ramai sedang berwirid selepas solat..wirid yang khusus untuk selepas solat asar memgikut sunnah Rasulullah..betullah kata ulama..semakin kita belajar semakin kita tahu yang kita banyak lagi x tahu..
Selesai wirid.majlis di teruskan dengan Qasidah dan Ratib yang pernah ku dengar tapi xketahuan namanya..sedang aku cuba2 mengikut dalam hati sambil menunggu ustaz Toha yang belum sampai dari KL. Setelah beberapa minit..Syeikh Fuad al Maliki pun mengambil tempat dihadapan Madrasah..kali pertama aku melihatnya kau sangka dia keturunan Arab,tapi bukan rupanya..orang negeri 9 sejati..tapi kecintaannya pada ilmu dan pada gurunya..(Syeikh Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani...ulama keturunan Rasulullah) menjadikan perwatakannya dah macam Arab..aku memang suka cara ikatan serbannya petang itu..Inilah gambar yang saya jumpa di internet gambar Syeikh Fuad Maliki dan Al Marhum Gurunya Syeikh Alawi al Maliki al Hasani..Allahu yarhamukum...(akan bersambung:)
No comments:
Post a Comment