Sekali lagi aku di kumpulkan dalam majlis ilmu bersama ulama'..sehari sebelum aku berazam nak iftar bersama Tok Guru yang kebetulan datang beriftar dekat kawasan rumahku..tapi sebab tengaharinya ada show..habis je terus bawak isteriku ke Klinik buat treatment..sampai dekat Asar..balik singgah jap d Giant untuk barang keperluan yang berkurang di rumah..sampai di rumah hampir iftar. Melihatkan isteriku sorang2 mengawal tentera bertiga:)..aku x sampai hati meninggalkannya..lalu beriftar di rumah..hati ghalat jugak tak dapat ke majlis Tok Guru.
Tapi rupanya Allah gantikan dengan majlis esoknya..alhamdulillah.Petang ahad itu aku saje bukak internet di rumah..tiba2 terjumpa satu lagi majlis Haul di Madrasah Ba'Alawi di Kemensah Height. Asalnya mmg ade janji dgn Syeikh Toha untuk Isya'&Terawih dengan Syeikh Mou'taseem..tapi bila aku kongsikan tentang Haul..terus dia ajak ke Haul..
Haul kali ini khusus untuk Syeikh Al Habib Sayyid Muhammad Alawi al Maliki yang wafat 15 Ramadhan beberapa tahun lepas..kami sampai lewat..tapi sempat Isya' dan Terawih berjama'ah.Selepas terawih..Habib Soleh Al Idrus-Ulama' dari Indonesia (antara anak murid Syeikh Muhammad Alawi al Maliki) mengambil tempat menceritakan sedikit Manaqib Syeikh Muhammad Alawi al Maliki..seorang 'Alim Kabir tanah Hijaz keturunan Rasulullah..moga dapat barakah pada aku yang hina ini dengan kehadiranku mengingati orang yang masa hidupnya sangat tinggi kecintaan pada Allah&Rasul..amin
Yang seronoknya lebih2 lagi Syeikh Toha la..sebab dapat berita esok dan lusanya..Habib Soleh al Idrus akan menyampaikan ijazah kepada pelajar2 yang berminat.Salah satu yang aku ingat Ijazah Sanad Kitab Al Muwatta' Imam Malik..pas tu..kami more sampai jadi antara yang terakhir balik..Habib masih di situ meraikan tetamu..ada yang bawak baby (bestnya kalau dapat bawak Khadijah)..dan x kurang yang minta Habib doakan anak2..termasuk aku..lepas tu,tak semena2 kami juga di ijazahkan satu Syi'ir Ulama (x ingat lak nama) yang terkandung padanya Doa untuk di jadikan amalan..Alhamdulillah..
Tengoklah Syeikh kita..sempat minta alamat Habib Soleh..katanya nak minta Sanad Musalsal banyak perkara lagi..Alhamdulillah..moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu buat semua..dan moga Ramadhan bakal ku temui lagi ,Amin..Al Fatihah buat para kekasih Allah yang telah meninggalkan kita khususnya pada Ramadhan yang mulia ini..
No comments:
Post a Comment