Ramadhan kian meninggalkan kita..Lailatu Qadr malam yang terbaik tetap menjadi rahsia Allah..beruntunglah bagi mereka yang di rezqikan bertemunya...
Beberapa aktiviti sepanjang ramadhan ni..
Gambo ni semasa penggambaran video klip bersama JAKIM untuk lagu Gema Mubarak melibatkan Salleh Brothers,Far East&Inteam bertempat di sebuah resort di Hulu Langat. Tayangan dalam Raya ni..x tau bila..
Yang ni gambo semasa ku ikut Ustaz Taha interview dengan beberapa major press tentang album Ruqyahnya..ternyata wartawan pun impressed dgn penerangan dia..pelbagai kitab rujukan di bawak utk mengukuhkan fakta..siap ada pesanan utk semua..bacalah di akhbar..
(akan bersambung)
Recording..di bulan ramadhan ini aku dan kengkawan sibuk jugak di studio..kami menyambung rakaman untuk album kami yg diharapkan dapat tersiap hujung tahun..Ya Allah permudahkanlah..amin. Studio baru ni..walau x secanggih mana,tapi mudah2n dapat hasilkan rakaman yg menyentuh qalbu.Nama studio ni 'Studio Haramain' sbb ada gambar 2 masjid yg mulia..ok x?hehe..
Radix FC? pernah makan?..jangan x cuba..smasa show iftar d PFK Gurun ramadhan ini kami ambik peluang untuk more di Radix FC.Sedap, halal lagi meyakinkan..ayam dari ayam organik dan ramuan dari herba terpilih yg berkhasiat.la ni duk ada kat SP ja..lepaih raya depa kata nak bukak 1 lg branch kat Aloq Staq..so orang yang based kat utara,atau ada husband,wife,family ka kat utara..jangan lupa try na!
Iftar anjuran Inteam Records bersama Komuniti Teman Inteam+Restoran Puteri
Majlis sebenarnya nak meraikan anak2 yatim dan sahabat2 KTI..jugak untuk berbuka bersama keluarga warga inteam records. tapi yg x di sangka2 berlaku..bila guest dari Restoran Puteri adalah artis spt erra,deja moss,adam,dafi dll..xpelah yang penting kami sama2 dapat meraikan anak2 yatim.rezeki dioranglah dapat duit raya runtuh malam tu.yg penting kita ni x beramal bulan ramadhan je lah..anyway program habis awal,banyak program tukar..dan ada surprise cake utk aku,a.khairi&nadrah..cumanya aku sendiri tak sempat merasa..makan pun tak sempat..itulah pengorbanan ada anak ramai lagi kecik2..hehe.
Ni lak gambar masa pegi Iftar kawan SMKAS di rumah Usop&Melah di Bangi..walaupun singkat dan terkezut kehadiranku..ia penuh kenangan..thanks to all kengkawan..
Alhamdulillah akhirnya sempat jugak aku solat menjadi ma'mum kepada Syeikh Moutaseem di Masjid Wilayah..bacaannya memang sedap..pendek sangat,x puas lak..moga Allah meramaikan imam2 di dunia ini bersuara sedap,baik bacaan dan penghayatan sebagai penarik orang ramai berjamaah di masjid.
Di hujung Ramadhan lalu kami ke Singapura.Perjalanan yg bermula dari KL menjelang 1pagi membuatkan kami bersahur di JB..malam 27 Ramadhan lagi..Solat di Masjid Jame' Sultan Abu Bakar(gambar)..sempat jumpa Azri anak Ustaz Saidin Segamat..Show di Geylang S'pore..show masa berbuka di tempat lain dan show malam di tempat lain..aku iftar makan buah anggur je..amacam,western sekali sekala..janji buah nan manis..petang sebelum iftar kami sekali lagi ziarah maqam habib nuh,d takdirkan aku jadi imam solat jama' petang tu..aku x tau kenapa aku sedih sangat..hampir sepanjang solat aku menangis,yg pasti aku sedar aku hina berbanding kekasih2 Allah termasuk Habib yg ku ziarahi ini..alangkah bestnya kalau tiap2 solatku begini..
Ramadhan ku akhiri beberapa hari di kampung sepulangnya dr S'pore..mudah2n bertemu ramadhan akan datang..amin.
No comments:
Post a Comment