كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ (صحيح البخاري
“Berkata Ibn Abbas ra : Bahwa Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan, dan lebih dermawan lagi saat ramadhan, ketika dijumpai Jibril (as), yang mengunjungi beliau setiap malam dibulan ramadhan, dan mengajarkan beliau saw Alqur'an, maka sungguh Rasulullah saw lebih dermawan dalam berbuat baik daripada angin yang berhembus" (Shahih Bukhari)..
Lama tertangguh tulisan sambungan mengenai Ramadhan dan Haul Siti Khadijah. Memasuki Ramadhan ke 9..Ramadhan seperti selalu menjanjikan seribu kebaikan..hanya terpulang samada kebaikan tu mahu direbut atau tidak..pun begitu..Haul Siti Khadijah di Yayasan As Sofa segar di ingatan..di tambah lagi dengan tazkirah saban malam di Surau Al-Kahfi,Pinggiran Batu Caves...input terlalu banyak di terima..alhamdulillah..ni yang aku berbelah bagi nak pindah kawasan ni..memang ramadhan di sini sangat meriah..jiran2 dan jemaah surau macam saudara..bertukar lauk berbuka..sadaqah untuk berbuka di surau dah jadi amalan bonus seperti di kampung2.. Sambungan Haul Siti Khadijah.. Haul Siti Khadijah sebenarnya satu majlis memperingati kewafatan Ummul Mukminin Siti Khadijah R.A...yang berlaku pada 11 Ramadhan. Tak pernah dengar?memang...memang masyarakat kita kurang terdedah pada perkara sebegini..kalau sambutan bukan Islam tu kita sambut tanpa rasa malu..ingatlah sesungguhnya Siti Khadijah antara sahabat yang amat di kasihi nabi..isteri yang pertama bagi junjungan besar dan wanita pertama masuk Islam..sesetengah ulama' berpendapat orang yang pertama Islam. Pemergiannya di rekodkan dalam kalendar Islam sebagai tahun kesedihan bagi Nabi S.A.W..malah terlalu banyak istimewanya Siti Khadijah al-kubra at thahirah ini..Allah menyampaikan salam padanya melalui perantaraan Rasulullah melalui Jibril A.S..dan Allah juga menyampaikan berita gembira Jannah pada Siti Khadijah melaui Nabi S.A.W..lalu apakah kita tidak sedikit pun rasa sedih atas pemergiannya? Haul yang ku hadiri di penuhi dangan sedikit penceritaan 'Manaqib' Siti Khadijah..dapatlah aku tahu banyak perkara mengenai Siti Khadijah..Demi Allah aku bersyukur kerna Allah mengajarku suami isteri memberi nama Siti Khadijah pada anakku yang ke3 ini..mudah2n Siti Khadijahku kan jadi Muslimah Solehah yang cuba mencontohi keperibadian nama tokoh agung yang di warisi namanya..amin. Ia turut di selang seli dengan Qasidah dan Selawat ke atas Rasulullah dan Ahlul Bait baginda.
No comments:
Post a Comment