Thursday, October 23, 2008

Selamat Kembali ke Bumi Anbiya'..


Awal pagi tadi sahabatku Taha pulang ke Mesir..Aku dan pastinya keluarga & rakan2 yang lain mendoakan agar Musafir Ilmunya selamat hingga dia kembali ke tanah air. 4 bulan terasa begitu pantas bagi aku berdamping dengan Us Taha. Mungkin dia 'boring' dengan aku yang asyik nak menyibuk ngan dia, tapi aku sangat bersyukur menjadi sahabatnya..


Kepulangannya ke Malaysia kali ini mungkin memenatkan Taha. Itulah beza pencari Ilmu dengan orang yang menunggu Ilmu datang padanya. Taha tidak berehat walau tengah bercuti belajar..aktivitinya penuh disana sini..tambahan lagi rezqinya dapat merakamkan album ayat2 ruqiyyah membuatkan namanya agak dikenali. Apatahlagi menjadi anak kepada Ustaz Dato' Hassan Azhari membuatkan masyarakat lebih mudah menerimanya..alhamdulillah..yang pasti jariah Abahnya kini bersambung dengan Taha.



Sehingga ke saat akhir dia di sini semalam dia sibuk lagi dengan pelbagai xtvt..termasuk datang ke pejabat kami..alhamdulillah kami dapat juga meraikan Taha di pejabat beberapa hari lepas. Tapi sebagaimana aku buat surprise pada dia tentang majlis tu,begitu juga dia surprise pada aku malam tadi..hisy..nak balik flight pukul 2 pagi..11.45 baru call bagitau..padahal waktu tu dia dah sepatutnya dah kat airport,tapi kat umah lagi. Aku memang dah cakap dengan dia hajat aku nak hantar dia ke KLIA..mungkin juga kawan2 lain pun sama..tapi kerana surprise ni..smua tunggang tebalik.

Aku gagahkan jugak pegi selepas Taha call, dalam hatiku..bila lagi aku dapat jumpa..nanti2 belum tentu..Alhamdulillah kami bertolak dari Keramat Hujung kira2 12.15..padahal flight depart 2 pagi..di pertengahan jalan Kak Long Taha minta speed up sbb gate nak tutup dah..Sampai 1.05 minit lebih kurang..dengan berlari2 bawak beg yang banyak..akhirnya aku x sempat salam sahabatku ini..dah x sempat sangat..Taha call bila dia dah sampai dalam train ke International Terminal je..alhamdulillah dan amin atas doa enta..moga2 enta berjaya terus..amin.


Taha menandatangani buat kali pertama pd albumnya di Singapura..

Perjalanan balik,makcik dalam kereta x habis risaukan anak bujangnya..penat,kesian dan macam2 lagi di katakan pada Tahanya..dahlah 1 beg penuh dengan makanan x lepas masuk..lagi makcik sedih..xpelah..pos..kata adik-beradik Taha yang lain..yelah..mak mana yang tak risaukan anak2nya kan..apapun yang penting bagiku makcik dan pakcik dah berjaya mendidik anak2 mereka jadi orang yang baik dan berilmu..mabruk..

Taha dah selamat sampai..alhamdulillah. Selepas kelas dia melepaskan kerinduan ke maqam2 ahlul bayt yang ramai di mesir..Alhamdulillah aku pun dulu sempat ke maqam saidina Hussein dan maqam Imamuna Syafei.. Yang di tanahair Malaysia akan terus mendoakan kesejahteraan Taha di sana..keluarga,rakan2 dan anak muridnya yang ramai pasti mendoakannya..apatahlagi insan yang mendapat kesan positif hasil Ayat2 Ruqiyyah yg dibacakannya..

4 comments:

ابن حسن الأزهري said...
This comment has been removed by the author.
ابن حسن الأزهري said...

Assalamualaikum,

Wah, ternyata blog enta ni penuh dgn artikel ana je. Malu teramat sgt! Ana dahlah tak hebat, klu hebat mcm enta ok juga. Rasanya kalah artikel yg kluar di akhbar2 tempatan. Anyway, ana doakan enta agar sentiasa dilimpahi rezeki halal yg mencurah2 tak terkira dr mana dtgnya!

Terima kasih krn sudi mengarang cerita mengenai ana. Nanti klu gi Singapore, ziarahi sekali ke kubur anak abg zack k.

Jumpa lagi, Ma'as Salamah ya sidi syeikh.!!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ustaz taha ni dah kawin ke belum?