Thursday, August 28, 2008

Terengganu Darul Iman


15.8.2008 inteam ada show di ambang Merdeka di Dataran Shahbandar.Kuala Terengganu. esoknya dari airport KT aku pulang ke KL..'untuk' memulakan perjalanan darat pula ke Terengganu...ok x camtu..senang cerita,sarapan kat terengganu,lunch kat KL and dinner plak kat Terengganu balik..alah..ada org yg lebih dari ini...

Kali ke 2 ke Terengganu adalah atas urusan keluarga..sebenarnya x pernah pun bawak anak2 jalan jauh2 makan angin..ni lah kesempatan yang Allah izinkan...so krejo tinggallah..nok buat guano....kami sampai isya' di Bukit Payung,Marang..menginap di rumah kakak iparku. So pengantin baru,rumah pun x ramai orang lagi,dapatlah kami melabuhkan segala kepenatan di sana..alhamdulillah..

Keesokan paginya barulah aku mencari lokasi percutian alang2 dah jalan jauh..sini penuh,sana penuh..semua tempat yang cantik lagi murah penuh..dek kerna cuti sekolah..last2 ada juga rezqi kat Besut..yang bernama Bukit Keluang Beach Resort. Dari Bukit Payung aku dan famili singgah
kat rumah Hj Hafas Ali (AQ2) untuk menyampaikan beberapa barang sambil ziarah pengantin baru..berseri2 kedua mempelai..x sampai sebulan berumah tangga..lepas tu kami bertolak ke Besut..3 jam jugaklah hingga sampai ke tempat yg di cari..alhamdulillah..

Petang,kami menjengah pantai yang terletak 5 minit jalan kaki. Kepenatan perjalanan jauh bagaikan hilang bila berhadapan dengan lautan yang terbentang luas...Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini...seronoklah anak2ku bermain di tepian pantai.. (x mandi pun)...x berani..+ x pandai..:)

Kepenatan pada malam tu membuatkan kami tidur awal malam tu (xdelah awal sangat), lagipun esok pagi nak bawak anak2 ke kolam pulak...

Seronok Nur Fathiah Amna & Muhammad Bunyamin pagi tu..mandi-manda..walaupun kali pertama masuk dalam kolam..menangis jugaklah...

Tengahari tu kami kena ckeckout jugak..so x dapatlah mandi lama2..lagipun anak2ku dah kesejukan..putih pucat masing2..tapi nak ikutkan hati diorang nak mandi lagi..nanti InsyaAllah
Walid bawak lagi..babai swimming pool...

Sempat jugak bergambar di depan rumah cantidk tempat kami beradu..dan berjalan2 di taman2 di dalam resort tersebut..

Pada petangnya..kami singgah ke rumah Ustaz Khairul Anwar al-hafiz di Besut...sebenarnya semalamnya dia jemput aku walimah kakak dia..tapi pantai+penat..xpegi akhirnya.jadi atas jemputan lunch..kami datang ke rumah yang..mak ai..'besar x ingat'...serius aku terkejut mula2..macam x caya ni rumahnya..bungalow besar 2 tingkat..alhamdulillah..walau aku x pasti sirah sebenarnya..tapi aku yakin inilah kelebihan dan kemuliaan Al-Quran yang menjadikan keluarga ini di muliakan kehidupan mereka di atas dunia lagi..moga ramai lagi orang kaya yang 'alim Al-Quran di bumi ini sebagai bukti kehebatan Islam..

Ustaz Khairul ajar jalan ke KT mengikut jalan pantai..jadi 1 jam setengah je dah sampai KT ..x macam semalam dekat 3 jam..dah la pemandangan cantik..kami pun terus ke Pulau Wan Man untuk ziarah tempat berlangsungnya Tilawah Al Quran Antarabangsa 2008..ngam2 sampai..Taman Tamadun Islam dah tutup pagar..xde rezqi..jadi ziarah Masjid Kristal je lah..Alhamdulillah sempat jugak solat tahiyyatul masjid di sana..

Friday, August 15, 2008

Macam-macam ada...


Hai entahlah..apa nak jadi dengan negaraku ini..macam-macam bala berlaku hari demi hari..Ya Allah selamatkanlah kami semua..amin.

Macam-macam gambo jugak yang bakal aku sematkan di dalam diari mayaku ini untuk kenangan masa hadapan.Yang pasti masa amat terhad untk update blog selalu..














Kenangan show dinner bank islam di shah alam..




Yang ni lak show kat Thailand..terimakasih kat Idzwan Firdaus yang subuh-subuh menjemput hatar kami dari dan ke sempadan. Persembahan kali ke 3 di PSU (Prince of Songhkla University,Pattani Thailand ini masih mengujakan.Kehadiran ...ramai yang amat..penuh sampai ke luar..pastu aku sempat melaram pakai spek Ustaz Toha..kadang2 macam best pakai spek..hehe.


Show seterusnya..



Pesrsembahan di HUSM,Kelantan.Hotel penginapan di Raudhah Hotel membuatkan kami terserempak dengan kuliah mingguan 'Tok Guru' yang di adakan saban jumaat..lihatlah ramainya manusia..macam pesta ilmu..orang datang dari negeri yang jauh-jauh pun ada semata2 nak menuntut ilmu...budaya sebegini semakin terhakis..x macam zaman sahabat dan tabi'in dulu..budak kecik2 dah sendirian merantau mencari ilmu..x macam kita sekarang..semua suap..

Next..(x semua show sempat amik gambar..kalu ada pun x semua sesuai utk diabadikan.

Kenal x? Sape x kenal orang yang mengajar dalam rancangan Muqaddam saban hari masa kita kecik dulu..inilah ayah Toha..Ustaz Dato' Hj Hassan Azhari. Ahli dalm bidang tajwid dan juga peminat maqam2 tarannum Al-Quran..moga ramai orang muda zaman ini cenderung pada kecenderungannya..Anaknya Toha boleh dikira sebagai pelapis selain dari Dr Raouf Hassan yang sekarang dgn rancangannya yg bertajuk "Qiraatil Quran". Sajle je pergi rumahnya sambil berbincang sedikit sebanyak tentang Al Quran..



Dalam pada kepadatan show tu sempat jugak memenuhi undangan walimah staf ofis-Nadrah di Rengit,Patu Pahat. Padahal malam sebelumnya aku show di Penang,sampai rumah 5 pagi,x tido sebab takut terlajak,7 lebih gerak ke ofis untuk naik bas rombongan ke BP. Walaupun penat x ingat,seronok jugak dapat bawak family jalan2..lagipun kita duduk je x drive..actually 80% adalah perjalanan dalam bas sebab lebih kurang 1/2 jam je kat rumah oengantin dah kene golot-golot (bahasa segamat) nak balik kejar show malam di putrajaya..


Tuesday, July 22, 2008

Muhammad Bunyaminku..


Hari ini (23.7) genaplah 2 tahun Bunyamin..Alhamdulillah..dengan izinMu Allah anakku membesar dengan sihat..sesungguhnya aku tiada daya dalam membesar dan mendidiknya..semua keupayaan ini MilikMu..

Namun pada haru lahirnya inilah aku tiada di rumah malah menjauh ke Pattani Darussalam..moga suasana di sana seindah namanya..agar dengan itu aku dapat kembali ke pangkuan keluargaku yang amat ku sayangi terutamanya untuk birthday boy..Bunyamin..

Sunday, July 20, 2008

The Zikr-The Tribute to U..


Aku dulu pun x kenal The Zikr..Alhamdulillah..perlahan2 di SMKAS dan UIA apatah lagi bersama kengkawan Inteam,kenal The Zikr. Rabu lepas (16.7) kami launchkan album Tribute ini yang dinyanyikan oleh Nazrey Johani sendiri..Tahniah...







Terima kasih kepada warta
wan dan tetamu yang hadir membawa seribu makna..

Thursday, July 17, 2008

Coretan Musafir Kelana...

Assalamualaikum.gambo dah lama letak jadi nak coret sikit...

Singapura..

Persembahan di Singapura adalah kedatanganku yg ke3 ke bumi Temasik ini sepanjang hayatku walau aku adu sadara mara rapat di Bedok. Syeikh Toha ikut sekali..banyak yang dia kongsikan..tu lah..berkawan dgn penjual
minyak wangi,wangilah kita..inikan org berilmu..dapat ilmu yg wangi jugaklah..hehe.Selepas show di Kajang malam tu kami terus ke Singapura..sebenarnya aku khuatir tinggalkan keluarga..dan aku serahkan hanya pada Allah..kerna pada benak logikku..haru biru Ummi dgn 3 org anak yg sedang naik tu..tapi Allah penentu segalanya..Sampai awal pagi,sepanjang perjalanan aku x tido melayan Toha dgn crite2nya. Kami di jemput oleh Abg Zalie@Zack.Selesai Subuh tido sbb ngantuk yang amat..Dapatlah 2 jam tido,bangun siap2 sarapan ditepi kolam renang hotel..Alhamdulillah sarapan disediakn sepasang makcik&pakcik Muslim yg sungguh siapkan utk kami.Yg x sempat kat luar pun di hantar sampai ke bilik.
Persembahan di Madrasah Wak Tanjong sungguh mengujakan..sekolah yang besar itu milik org Islam..bangga aku,namun 10 tahun penantian dalam memperolh smua itu,nyata ia tidak semudah melihat. Pastinya keperitan memperolah tapak dan membangunkan madrasah ini menjadikan Mudir dan Mu'allim lain begitu komited mengihya'kan madarash ini luar dan dalam..Show sehari sebelum di jayakn oleh abang2 Hijjaz dan hari ini kami diperuntukkan 2 slot pagi dan petang. Dgn sound yang sedap, kami dapat nyanyi utk org Singapura wlw jarang2 sekali...

Petang tu,atas ajakan Toha kami bergerak ke Maqam Habib Nuh..seorang lagi Wali Allah keturunan Rasulullah S.A.W.Nyata dia kurang terkenal pada hayatnya berbanding selepas ketiadaannya.Maqamnya dikunjungi ramai orang..cuma agak sedikit mengecewakan..masih ada amalan khurafat di Maqam2 Wali ini..Bagi aku yang penting,aku nak jumpa dengan Wali Allah..berdoa pada Allah dgn bimbingan toha yang acap menziarahi Maqam Ahlul Bait terutama di Mesir sebagai mendekatkan diri pada Nabi S.A.W dengan turut mencintai Ahli Bait baginda...lihatlah salasilah Habib Nuh yang bersambung dengan Rasulullah.S.A.W..(sory gambar terputus belah kiri..)
Akan bersambung..

Selesai ziarah..kami amik kesempatan 'begambo' di
lokasi yang menampakkan keSingapuraan..hehe.Last sekali sebelum balik,pekena Sup tulang merah..2nd time makan barulah aku perasan ni KAMBING sebenarnya..tapi cara masak tu membuatkan x perasan pun bau kambing dan memang sedap betul..pastu esoknya terasa jugak kepala pening2 sikit..mungkin pasal sup ni..tapi perlu di ingat KAMBING makanan kegemaran RASULULLAH..
Selepas selesai,kami
di hantar kesampai ke sempadan..susah2 je Abg Zack ni..dahlah hampir habis Sunday dia bersama kami..tapi ukhwah punya pasal..mudah2n kami dapat membalas jasanya nanti.


Sabah

musafir bermula dengan ujian sewaktu flight nak berlepas...enjin rosak,sampai tukar flight lain.Alhamdulillah lah kerosakan disedari dari awal..Di pendekkan cerita perjalanan banyak tertangguh..sampai di tawau hampir 12 tghri..bersamaan 1 petang waktu Malaysia Timur..orang dah kat masjid Solat Jumaat. Bersama Ustaz Manis dan rombongan kami meneruskan perjalanan 4 jam ke Felda Sahabat,lahad Datu..penat memang hilang bila sampai di sana yang mana tempatnya amat cantik,resort tepi pantai..makan malam pun orang belikan,kami berehat di bilik sambil melihat keputusan Tilawah Al-Quran Kebangsaan di TV..mabruk kepada yang menang..apapun Untuk Qari2 muda seperti Hafas Ali,Amirrahman,Azra'i dan ramai lagi..perjalanan baru bermula..x lupa untuk hakim generasi baru..Ustaz Farid Ravi...Ahlan wa Sahlan..
Cantik x?..Nantikan seterusnya.. Kalau nak kira Kembara Da'wah bermula pada hari ke-2.Jam 7 kami dah bermula denagn sesi motivasi di Sek Men Desa Kencana Desa Sahabat.Macam biasa..inteam ni bab bercakap boleh tahan..so setakat sejam memang x cukup.Aku sebagai orang terakhir hanya mengambil masa 10 minit je tapi ia amat bermakna sewaktu aku cuba berkongsi cerita benar tentang anak derhaka..meremang jugaklah bulu romaku..moga ia sampai di hati adik2. Gambar pantai kat atas ni adalh kira 15 minit dari sekolah dan sepanjang perjalanan memang banyak anak sungai yang jernih. Mesti seronok budak2 kat sini..Selesai sejam kami berundur dan bergegas ke Sek Men Sepagaya (Sek Us Manis) untuk Motivasi ke-2. Sambutannya macam pengantin..siap kompang semua..tapi akhirnya setelah melihat P.A system yang hebar,kami buat keoutusan untuk motivational concert rather than talk show. Itulah gambaran pentingnya P.A system bagi penyanyi.. Selesai show kami meneruskan perjalanan ke Tawau..ha..tengok gambar waterfall atas tu..itu adalah persinggahan kami sebelum sampai ke Tawau..mula2 berat hati nak turun sebab tak bawak selipar..tapi dengan kasut formal tu lah dapat tangok Niagara Malaysia..cewah..+dapat meniti titian gantung yang tinggi..(sory us Min..cameraman pun gayat amik gambo).selesai solat kami sambung musafir keTawau.Alhamdulillah sebelum maghrib sampai. Malamnya kami sound check selepas makan malam d sebuah restoran yang menjadi penaja bersama. okasi show adalah di dewan sekolah cina..amacam?xde hal...Islam itu universal..adalah orang cina tapi tak masuk dewanlah..hehe.Sempat jugak kami 'night tour' kat Tawau malam tu..macam2 cerita yang menjadi tatapan kami..Moga Allah menjaga Tawau dan Malaysia amnya dari musuh,amin..
Show jam 9pagi..
lepas Show sempa
t jugak melayan rakan yang jumpa inteam sekali sekali..contohnya Us Syahril ni..:)







Kami berangkat pulang 9malam dari t
awau..Petangnya sempat lagi menjamu mata dan megkayakan orang Tawau:shopping:).Pegi pasar Gantung dan Pasar Besar Tawau..antara yang di beli adalah amplang..keropok tradisional Tawau dari Ikan Tenggiri..ha..satu fakta..Ikan memang murah kat sini...

Lastly sempat juagak begambo di pesisiran laut Tawau..syukran kepada semua yang terlibat..Sabah..bulan depan datang lagi..InsyaAllah..



Monday, June 30, 2008

Balik kampung...

Setelah sekian lama (hampir 3 bulan x balik), aku balik ke Kampung Gudang Garam dan Kg Jawa,Segamat, Johor...rindu pada kampung toksah kata walau mak ada bersamaku di KL sejak beberapa bulan lepas..sampai termimpi balik kampung.Thats why aku harap sangat xde show minggu lepas,,alhamdulillah,Allah izinkan..

Half day hari jumaat,so sampai di kampung maghrib..(singgah2).walaupun sibuk2 balik kampung, tapi siap bawak PC balik,konon nye nak buat keje kat kampung.."buat juge"!.Pagi sabtu di panjangkan rehatnya (tido).bangun bawak amna,yamin dan atoknya ke bandar beli sedikit barang keperluan..maklumlah,3 bulan tinggal rumah..banyak na kene top up..kesian atok..



Lepas zohor,sempat lagi aku dan amna ke Batu Pahat pergi Walimah Along Safa..Dia ni terkenal di alam siber..khususnya siapa yang biasa forum kat inteam,hijjaz,ukhuwwah.com mahupun nasyeed.com dll. Alhamdulillah sampai jodoh ustaz kita ni..tampak segak dengan keris di tangan..sempat jumpa Cik Hamdan Nissan di situ..tapi lepas bergambar,sempat pengantin mendera aku yg keseorangan menyanyi..takpelah..raja sehari...sekali esoknya Cik Hamdan tadi call..dia kata dia sedara dengan mbah (atok) Mashud-belah zaujahku..secara otomatiknya..bila Cik hamdan ni jadi sedare aku..Along safa pun dah jadi sedolore jugak (sedara jugak) bila dia kawin dengan Isterinya (sepupu cik hamdan)..hehe..cerita salasilah pulak..jangan marah aa.Balik lewat jugak sebab menghala balik sempat 'mampir' (singgah) di pekan Air Hitam..cuci mata..terbeli jugaklah beberapa benda seperti congkak dan rehal..x larat tengok banyak barang kat sana..kalaulah aku ni jenis pensyopping..selamat..

Ahad..dah kene balik KL..kesian mak terpaksa tingal kejap sebab ada appointment dengan Dr..takpe,nanti mak datang balik..mak kene temankan isteriku dek kerana Julai ni banyak travel dari ada kat rumah..Semoga semuanya selamat..amin.So pagi ahad tu kami singgah ke rumah K Jawa-sebelah zaujah,sarapan soto yang dirindui..pastu ke KMJ ziarah adik yang belajar di sana..



Kejap je dapat di sana..makan tengahari sama2..sembang2 sikit..aku x sembang pun:) ,cuma melihat gelagat fresh students di kampus..Remaja sekarang..boleh di lihat dengan senang coupling di sane sini..kalau group tahanlah jugak tapi kalaudah L&P b2 je..boleh ke discuss pelajaran?..biasalah..masing2 nak merasa agaknya...tapi biarlah Agama di depan..Wallahu a'lam..moga adikku selamat dari fitnah dan dapat fokus dalam studynya walaupun pastinya dia selalu teringatkan mak yang terlantar sakit di hospital...Allahu Akbar..


Dari tangkak,selepas lunaskan solat di KMJ kami terys ke KL,hajat nak pegi jugak walimah abang Toha-anak Ustaz Dato' Hassan Azahari..aku sms Toha..boleh lagi ke nak datang walau pukul 3.30 duk atas hiway lagi..dia kat boleh..aku pun selamba..serius,habis je kami makan,orang catering pun kemas meja..hish..tak malulah aku ni..apapun dapat jumpa Dato' Hassan,anaknya Dato Jalaluddin,Dr Raof dan ramai lagi.Tan Sri Musa dah balik (sibuk dengan kes profil tinggi terkini agaknya)..yang paling penting dapatlah hadiahkan pengantin CD Salamun Salam..moga lagu Keluarga Penyayang sama2 dihayati..llepas ni kita tunggu walimah As Syeikh Toha pulak..senyum je kat belakang tu..x lama dah tu.. amin..

Tuesday, June 24, 2008

Kenangan pahit..


Lif? Semua orang naik lif kan rasanya,khasnya yang duduk di bandar..tapi pernahkah kita terperangkap dalam lif?..aku pernah..di lif inilah..
Minggu lepas sewaktu show di KL (Kuala Lipis),kami di sediakan penginapan di sebuah hotel di bandar Lipis.Entah kenapa,sudah 3 kali kami ke sini,tiap kali kami datang,mesti ada masalah dengan bekalan elektrik di kawasan itu..Sejak pagi kami sampai..beberapa kali elektrik terputus..dan salah satu darinya adalah sewaktu aku berada dalam lif seorang diri sebab turun sekejap nak ambik barang.
"Dum!..tiba-tiba lif terhenti..gelap nan pekat manambah kegerunan di dalam hati,namun tiada pengharapan selain pada Allah yang Hanya Tahu keadaaku ketika itu..Line telefon pun takde..Tawakkal pada Allah,mudah2an tidaklah lama..aku menekan-nekan loceng kecemasan supaya pihak hotel tahu ada orang di dalam lif..Alhamdulillah..ia berlangsung sekitar seminit sahaja..tapi biarpun seminit..ia tetap menjadi pengalaman pahit di dalam hidupku..moga ada hikmahnya..

Thursday, June 19, 2008

AQ 3-Khalas..

Tahniah untuk Fakhrul Radzi sebab jadi juara AQ 3.Dapat jugak tengok live setelah 2 tahun miss the chances.Selamat bertilawah juga untuk Hafas Ali di Kedah nanti..

Sunday, June 15, 2008

Inna Lillah..

Jangan marah..tajuk ni mungkin buat org tertanya2..siapa yang pergi...takde siape yg pergi. Hanya ucapan untuk diriku yang terus di uji..sakit gusi dan bengkak tekak pulak..Sesungguhnya semuanya milik Allah..mudah untuk menelan makanan yang lazat dan rangup adalah pinjaman..sekurang2nya bila sakit, automatically banyak sebut nama Allah..Namun pada Allah ku mohon, berikanlah aku kesihatan..sememangnya untuk diriku,tapi sekurang2nya untuk org2 tersayang di sekelilingku yang perlukan aku..amin. Aku pun segan dgn kengkawan sekerja akan prestasi kerjaku yang kureng akhir2 ni..tapi takkan nak cakap sakit je..orang lain pun sakit juga.
Tapi alhamdulillah kengkawan aku cukup baik dan memahami..