Thursday, October 30, 2008

Aktiviti Keluarga..

Sabtu lepas aku dan keluargaku berkumpul di Kg Melayu Sri Kundang untuk meraikan perkahwinan anak sedaraku Akramin&Dyana-pilihan hatinya..kedua2nya masih muda, 23 tahun. Jadi semestinya seronok khawin muda ni tapi ia perlu beralaskan sabar dan iman yang teguh..


Macam berjanji pulak pengantin lama ni dengan pengantin baru ek?..hijau je..hehe..



Hari-hari beginilah khususnya aku dan adik beradik dapat berkumpul..yelah raya memang dapat jumpa..tapi jarang yang serentak..semenjak ayah meninggal..abang2 dan kakak2 selalu balik raya ke2..jadi aku dengan raya ke mana2 entah,kekadang x dapat jumpa semua..abang2 kakak2 ku semua dah jadi atok..maklumlah usia kami memang jauh berbeza..layak sangat pun kalau jadi mak dan ayah..dan sememangnya mereka yang menggantikan ayah..untuk meneruskan cita2 ayah agar aku jadi orang berguna..



Bergambo kat bilik pengantin..biar diorang amik berkat kitorang..cewah..berkat sangatlah!hehe. Yang paling penting hari2 beginilah aku dapat seharian bersama Ahlul Baytku ini..Hajar,Fathiah,Bunyamin&Khadijah.. :) Semoga Allah menyayangi kalian..amin..



Gambar putera puteriku di kerusi pengantin..

Thursday, October 23, 2008

Selamat Kembali ke Bumi Anbiya'..


Awal pagi tadi sahabatku Taha pulang ke Mesir..Aku dan pastinya keluarga & rakan2 yang lain mendoakan agar Musafir Ilmunya selamat hingga dia kembali ke tanah air. 4 bulan terasa begitu pantas bagi aku berdamping dengan Us Taha. Mungkin dia 'boring' dengan aku yang asyik nak menyibuk ngan dia, tapi aku sangat bersyukur menjadi sahabatnya..


Kepulangannya ke Malaysia kali ini mungkin memenatkan Taha. Itulah beza pencari Ilmu dengan orang yang menunggu Ilmu datang padanya. Taha tidak berehat walau tengah bercuti belajar..aktivitinya penuh disana sini..tambahan lagi rezqinya dapat merakamkan album ayat2 ruqiyyah membuatkan namanya agak dikenali. Apatahlagi menjadi anak kepada Ustaz Dato' Hassan Azhari membuatkan masyarakat lebih mudah menerimanya..alhamdulillah..yang pasti jariah Abahnya kini bersambung dengan Taha.



Sehingga ke saat akhir dia di sini semalam dia sibuk lagi dengan pelbagai xtvt..termasuk datang ke pejabat kami..alhamdulillah kami dapat juga meraikan Taha di pejabat beberapa hari lepas. Tapi sebagaimana aku buat surprise pada dia tentang majlis tu,begitu juga dia surprise pada aku malam tadi..hisy..nak balik flight pukul 2 pagi..11.45 baru call bagitau..padahal waktu tu dia dah sepatutnya dah kat airport,tapi kat umah lagi. Aku memang dah cakap dengan dia hajat aku nak hantar dia ke KLIA..mungkin juga kawan2 lain pun sama..tapi kerana surprise ni..smua tunggang tebalik.

Aku gagahkan jugak pegi selepas Taha call, dalam hatiku..bila lagi aku dapat jumpa..nanti2 belum tentu..Alhamdulillah kami bertolak dari Keramat Hujung kira2 12.15..padahal flight depart 2 pagi..di pertengahan jalan Kak Long Taha minta speed up sbb gate nak tutup dah..Sampai 1.05 minit lebih kurang..dengan berlari2 bawak beg yang banyak..akhirnya aku x sempat salam sahabatku ini..dah x sempat sangat..Taha call bila dia dah sampai dalam train ke International Terminal je..alhamdulillah dan amin atas doa enta..moga2 enta berjaya terus..amin.


Taha menandatangani buat kali pertama pd albumnya di Singapura..

Perjalanan balik,makcik dalam kereta x habis risaukan anak bujangnya..penat,kesian dan macam2 lagi di katakan pada Tahanya..dahlah 1 beg penuh dengan makanan x lepas masuk..lagi makcik sedih..xpelah..pos..kata adik-beradik Taha yang lain..yelah..mak mana yang tak risaukan anak2nya kan..apapun yang penting bagiku makcik dan pakcik dah berjaya mendidik anak2 mereka jadi orang yang baik dan berilmu..mabruk..

Taha dah selamat sampai..alhamdulillah. Selepas kelas dia melepaskan kerinduan ke maqam2 ahlul bayt yang ramai di mesir..Alhamdulillah aku pun dulu sempat ke maqam saidina Hussein dan maqam Imamuna Syafei.. Yang di tanahair Malaysia akan terus mendoakan kesejahteraan Taha di sana..keluarga,rakan2 dan anak muridnya yang ramai pasti mendoakannya..apatahlagi insan yang mendapat kesan positif hasil Ayat2 Ruqiyyah yg dibacakannya..

Thursday, October 16, 2008

Mendatanglah Kalian Ahlul Bayt..Ahlan..

Mudah2n kalian dapat mengenal ahlul bayt melalui artikel Ustaz Toha dalam post sebelum ni. Marilah kita semua mengasihi ahlul bayt Rasulullah S.A.W (ahli keluarga nabi) yang keturunannya terus ada hingga ke hari ini..

Dari al Bukhari daripada Abu Bakr As Siddiq R.A berkata yg maksudnya;

"Peliharalah (jagailah) wasiat Muhammad S.A.W tentang ahli keluarganya".

Masyarakat kita khususnya di Malaysia kurang terdedah pada cintakan ahlul bayt sedangkan melakukannya boleh membawa kebaikan pada kehidupan kita,InsyaAllah...inilah kelebihan nabi kita Muhammad S.A.W.



Baru2 ni As Syeikh Al Habib As Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani..ulama yang bernasabkan Rasulullah datang dari tanah Hijaz yang mulia,Makkah. Kedatangan beliau di sambut meriah para pencinta ahlul bayt dan pencinta ilmu..

Kesempatan yang terbatas membuatkanku x dapat pegi banyak halaqah dan majlis ilmu bersama As Sayyid..tapi alhamdulillah semalam sempat juge aku, Us Toha & Us Hazamin pergi ke Ba'Alawi,Kemensah menemuinya...bersama ratusan yang lain..



Majlis Ringkas tapi cukup berkesan di hati..As Sayyid Al Habib Ahmad duduk di tengah berselendang hijau sunnah datuknya (S.A.W),di apit oleh As Syeikh Baba-seorang 'alim hadith dari Fhatoni dan Syeikh Fuad al Maliki..Mudah2n kedatangan Al Habaib ke Bumi Melayu ini akan menjadi asbab kesuburan iman,ilmu dan rezqi kita di negara bertuah ini..Amin..

Tuesday, October 14, 2008

Mengenali ulama'ahlul bayt-artikel Ustaz Muhammad Taha Hassan Azhari


:: Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu : As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M - 1866M::

Nasab dan keturunannya

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari
Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak
perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya
berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau
Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang
cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi
bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga
perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah,
Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah
Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah
tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki
usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak
berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia
untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya
beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap
berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh
yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama
kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk
bersaorangan diri. [5]

Karamah

Di sini, ingin Taha kongsikan bersama kepada pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;

1. Menghadiri Sidang Wali-wali. [6]

Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.

Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.

“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.

“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.

Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”

Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”

Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.

Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

2. Menunduk Gabenor Yang Angkuh. [7]

As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :

As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.

Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam. [8]

Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;

Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”

Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.

Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.

Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. [9]

Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan.
Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau
atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke
India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat
bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan
menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia
terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.

Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk
memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata,
“Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati
dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”

Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk
disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya
amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati
Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga
hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”

Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan. [10]

5. Bertemu Di Kota Mekah. [11]

Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat
kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau
telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara
fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada
bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu
sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.

6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat. [12]

Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas
kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang
kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan
tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang
singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat
gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh
memberikan wang itu kepada yang memerlukan.

Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak
yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di
Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak.
Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu
terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.

7. Air Bertukar Menjadi Susu. [13]

Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan
berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati
bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk
anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar
cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa, menuangkan air ke
dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar
menjadi susu
untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban[14]

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: "Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi." Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya." Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: "Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni." Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak[15]

Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran.

Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau[16]

Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

.

11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.

Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua,
bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom
pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu
membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk
untuk membengkok melengkarinya
, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Makam Habib Nuh. [17]

Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid. [18]

Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya. Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak.

Nasihat dan Wasiat

Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia,
beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya.
Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta
dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan
negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”

Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar
jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau
meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua
bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai
masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah.
Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam
kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak
berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir.

Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer. [19]

Kewafatan

Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah
pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan
14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah
memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di
kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya.
Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran. [20]

Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.

Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.

Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut). [21]

Semoga Allah merahmati roh beliau.

~Al-Fatihah~

Bibiliografi

________________________________

[1] Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

[2] Sahih Ibnu Hibban.

[3] Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman, Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al- Linggi, M/S : 8-9.

[4] Menziarahi Kekasih Allah di Hadhramaut, Yaman, M/S : 18.

[5] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib.

[6] Heliconia Weblog@Malaysia.htm/As Sayid Habib Nuh - Rahmat ke atas Singapura.

[7] Ibid.

[8] Ibid.

[9] Ibid dan www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi.

[10] www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi.

[11] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib.

[12] Ibid.

[13] Iibid.

[14] www.bahrusshofa.blogspot.com : Habib Nuh al-Habsyi.

[15] Heliconia Weblog@Malaysia.htm/As Sayid Habib Nuh - Rahmat ke atas Singapura.

[16] Ibid.

[17] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib.

[18] www.ForumMelayu@melayu.sg/ Topic: SEJARAH : Habib Noh: The Saint of Singapore

[19] Opcit.

[20] www. suhaimy.org/Habib Noh Ulama yang boleh ghaib

[21] Heliconia Weblog@Malaysia.htm/As Sayid Habib Nuh - Rahmat ke atas Singapura.

Pic 1: Wajah Habib 'Arifin bin Muhammad al-Habsyi, saudara kandung Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi. Habib 'Arifin telah kembali ke rahmatullah dalam tahun 1904M dan dimakamkan di Burma Road, Pulau Pinang.


Pic 2 : Makam Habib Nuh, Palmer Road.

Pic 3 :(Penulis di sisi Makam Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a, wafat pada tahun 1867. Qadhi pertama Singapura.)

Pic 4 : Pintu utama makam Habib Nuh.

Pic 5 : Makam Habib Nuh bersebelahan Masjid Haji Mohammad Salleh.

Sunday, October 5, 2008

Syawal 1429H

Seperti saban tahun,aku balik raya ke kampung kelahiranku.Biarpun sudah 12 tahun beraya tanpa ayah,raya mak harus aku temani.kini bersama anak menantu dan cucu2,moga sedikit sebanyak kepiluan mak terbalut jua..



Seperti saban tahun juga aku menziarahi maqam almarhum ayah..ku sadaqah kan bacaan ayat suci al-quran..sesungguhnya kesungguhan ayahlah,dgn izinNya aku boleh baca al-quran..jadi selayaknya dia memperoleh jariah segala kebaikanku..moga Ayah bersama orang2 soleh,amin.


Selepas bertakbir,solat sunat dan mendengar khutbah, bersalaman dgn org2 kampung..aku pulang ke rumah..lepas salam dgn mak,amik gambo sikit,terus ke Kg Jawa utk agenda yang sama di sana. Bagi aku,selama mak masih ada,InsyaAllah beginilah aturannya x kira tahun ni raya rumah siapa dulu.tu yang senang kawin sedaerah..rumah sedare pun dua2 belah pun dekat.kekadang pegi belah sini blh menyinggah belah sana jgk dan sebaliknya..itu fadhilat kawin dekat..kawin jauh fadhilat dia kene tanya org yang berkenaan..hehe.apapun syukur dalam kurang sihat,raya ini mak mertua ku dapat beraya di rumah,tidak spt yg dirisaukan beraya di HKL..



raya ke2..(to be continued)..

Raye ke 2 aku dan family ajak mak beraya sekitar gudang garam..pegi rumah adik beradik mak yang ramai tu..dan rumah kengkawan yg tolong2 tengokkan mak sepanjang aku takde.tapi tengoklah cucu atok tu bila berjalan..kakak bergambo dgn basikal tua..si abang bukan main baik dengan kucing..nak di sayang2nya kucing..xpelah..Rasulullah sayang kucing.asal saje kucing tu x memudaratkan dia..nanti walid bela kucing kat umah..(kalau ummi kasik)hehe



Raye ke 3 bermula dgn sesi 'gambaran' dgn famili kak ani yag tido kat umah..lepas tu aku ke batu 6 rumah kawan sekolah rendah yang dah lama yg amat x jumpa..kawan kembar-marina&madiha,masing2 alhamdulillah dah berkeluarga..walaupun singkat tapi dapatlah cite sikit2+begambo esp dgn anak diha yg bernasabkan mat saleh..(comel x?) boleh buat menantu ni..hehe..semoga berbahagia..untuk sofea moga membesar jadi Muslim yang baik,amin..



Habis beraya rumah twins ni,aku pulang ke Kg Jawa..mbah (atok) dah rindu dan cucu2nya..esok dah nak balik KL dah..sian mbah kejap je dapat melihat keletah cucu2..dahlah tahun ni balik x serentak..



Hari raya ke 4 dah balik ke KL untuk meraikan pernikahan anak sedara aku Ct Sakinah..Tahniah..moga kekal bahagia dalam mawaddah dan rahmah..tapi kalau nikah 1 syawal lagu sunnah Nabi S.A.W..org lain plak la..

Saturday, October 4, 2008