Wednesday, June 10, 2009

My Umrah Part 2...Bakkah (1)


Tanah Suci Makkah…

Perjalanan dari Madinatun Nabi merupakan perjalanan yang penuh dengan perasaan..rindu..sedih..gusar dan teruja..kesemua silih berganti..dari Madinah..kami sekali lagi di peringatkan tentang Fadhail nya..walau ia bakal di tinggalkan..aku..sepertimana datang mencari-cari masjid nabawi..ketika pulang ini aku jua memusatkan pandanganku ke arah masjidin nabi ini..melihat kubah hijau..dan sebenarnya seolah-olah melihat Rasulullah..dengan sedih hati aku terpaksa meninggalkanmu..demi sebuah cinta yang kau cintai..cinta yang kekal abadi..Ziarah wada’ baginda selepas subuh pagi itu menyaksikan beratnya kakiku melangkah..dan..sehingga saat ku menulis inipun..rindu itu belum pun pernah surut..

Masjid Bir Ali..

Makkah..perjalanan menujunya mengambil masa kira-kira 6 jam..kami berhenti di Bir Ali untuk Miqat di sana..dan ianya adalah Miqat yang biasa bagi rombongan umrah dari Madinah..jadi..pantang larang di dalam ihram akan lebih panjang berkuat kuasa berbanding jika kita bermiqat di Ja’ranah,Hudaibiah dan Tana’im (tempat2 Miqat yang biasa buat jemaah Umrah dari Makkah sendiri)..Di Masjid Bir Ali..selesai solat sunat..kami bersama-sama berniat ihram di atas kenderaan (bas) sepertimana sunnahnya Rasulullah berniat ihram di atas unta baginda..maka bermulalah..sebuah perjalanan yang bernama Umrah..

Bermulanya perjalanan..kami berjamaah melafazkan talbiah di ketuai oleh ustaz Sharif-Mutawif kami..menghayati bait-bait maknanya..membuatkan kami dan aku secara peribadi tersentuh..memang kami ketika itu..secara khusus..sedang dalam perjalanan menuju Allah..menyahut seruan Allah..Allahu Akbar!..laungan talbiah di teruskan untuk beberapa ketika..hingga akhirnya Mutawif meminta kami meneruskan secara bersendiri..dan juga mencadangkan agar kami berehat,tidur kerana perjalanan selepas ini (Umrah) memerlukan tenaga untuk menjayakannya..aku yang dari tadi memasang nasyid dan selawat-selawat pilihan di telinga..melihat seorang demi seorang jemaah kami terlena dek keletihan..dan aku dapat rasakan perasaan yang sama sedang melanda diriku..ngantuknya..tapi kakak di hadapanku kelihatan membaca Al-Quran di sebelah suaminya..hebat kakak ini..getus hatiku..dan akhirnya aku tertidur..

Cuaca di luar amat panas..40° ke atas rasanya..air-cond yang sejuk pun terasa berjuang untuk menyejukkan ruang di dalam bas yang sedang meluncur laju..namun panas dan berdebar hatinya kami untuk bertamu di Masjidil Haram lebih membara..mungkin ada jemaah yang sudah berkali-kali bertamu di sana..namun bagi aku dan,ayah mertuaku dan ramai lagi..ini merupakan pengalaman pertama..dan moga-moga bukanlah kali terakhir..ameen.

Kami berhenti sebentar di Wadi’ Qudait..untuk makan solat zohor dan makan tengahari..sungguh..panas betul cuaca hari itu..namun berpakaian ihram bagi lelaki sedikit membantu..berpakaian putih dan kainnya seperti kain tuala cepat menyerap peluh dan memberi keselesaan walau di tengah panasnya matahari.Kami menunaikan solat dahulu..solat jama’ taqdim zohor dan asar..jadi,sesampainya nanti kira-kira asar..kami terus sahaja menunaikan Umrah..kerana asarnya sudah selesai..begitu penerangan Mutawif..Makan tengahri itu sungguh menyelerakan..Nasi Mandi..makanan arab,makan secara talam..alahamdulillah..dapat kami habiskan secara berjamaah..sungguh banyak fadhail makan talam ni..senang pun senang untuk basuh..dari banyak pinggan lauk dan nasi..jadi satu je..kan senang..hehe..iklan..walaupun aku sendiri dah jarang sangat praktikkan.

Selesai makan..air mineral yang dibekalkan seorang satu ku teguk perlahan..namun habis jugak walaupun perlahan..di waktu cuaca panas sebegini..sungguh kita menikmati ertinya air..padahal air mineral je pun..sedapnya..itulah barakah Makkah dan Madinah..

Perjalanan di teruskan..pantang larang ihram terus di jaga..membuatkan kita sentiasa menjaga diri kita..indahnya kalau selalu ‘semua manusia’ dalam keadaan begini..aman rasanya dunia.Perjalanan baru sebahagian..masih beratus kilometer juga harus di lalui sebelum kota ibadah dapat di jejakkkan kaki.Mutawif sekali lagi mempersilakan jemaah untuk menyambung rehat masing-masing..cuaca panas di luar..di dalam bas pula berair-cond..nyaman..di tambah pula dengan baru sahaja lepas makan nasi mandi yang enak..menyuburkan suasana hening di dalam bas..seorang demi seorang terlena..namun aku tidak pula terasa mengantuk kali ini..sudah cukup agaknya tidur yang tadi..ini masanya pula untuk ku mengamati perjalanan ini..perjalanan yang pernah di tempuh oleh Kekasih Hati Muhammad S.A.W…biarpun mungkin bukan di jalan yang sama dan pastinya bukan di suasana yang sama..namun masih ada persamaan yang dapat di rasai antara 2 zaman itu..ku amati..panas beginikah yang di lalui Rasulullah..sedang aku yang menaiki bas inipun terasa belum cukup sejuk air-cond bas ini..bagaimana dengan Baginda?..perjalanan yang dari tadi di hiasi batu kerikil dan batu-batan yang besar mahupun yang kecil pelbagai warna..sangat berbeza dengan suasana di Negara kita..sejuk menghijau..nyaman..banyak hentian untuk kita berhenti menghilangkan sebentar lelah setelah perjalanan jauh..bagaimana dengan Rasulullah..

Pemandangan biasa sepanjang perjalanan Madinah-Makkah

Kesimpulannya..di mata kasar ku..perjalanan itu amat mencabar..dan aku pasti aku tidak kuat untuk melalui perjalanan seperti ini..jika dengan hanya menunggang unta..dengan bekalan makanan yang entah seberapa..alangkah rendahnya aku berbandingmu Ya Muhammad..seketika aku juga berfikir..apapun kesusahannya..Dia adalah Nabi..Kekasih Allah..Dia amat kuat untuk kesusahan sekecil ini..tambah lagi pastinya mu’jizat dan keistimewaan baginda akan membuatkan semuanya terasa mudah..sekurang-kurangnya bertemankan sahabat yang sangat mulia..seperti Saidina Abu BAkr As Siddiq..dan yang paling penting.. yang paling menemani baginda pastinya Allah S.W.T..yang pastinya tidak sekali-kali membiarkan KekasihNya di dalam kesusahan..

Kakak yang dihadapanku masih lagi membaca Al-Quran..rasa-rasanya dia tidak tidur sedari Madinah lagi..bersungguh kakak ini..betapa dia merebut sebaik-baik peluang yang Allah beri ini..aku pula membelek buku panduan Umrah untuk memperkemas pengetahuan tentang Umrah..doa-doa sepanjang tawaf dan saie ku baca beserta terjemahannya untuk melancarkan bacaannya nanti..sesekali mataku melihat keluar..dan setiap kali itu aku kan berbisik..”Hebatnya dikau Rasulullah..sukarnya perjalananmu ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan cintamu pada ummatmu”..

Menghampiri Tanah Haram Makkah..jemaah di kejut oleh suara Mutawif..kami harus jaga untuk sama-sama membaca doa memasuki tanah haram..perasaan bercampur baur..semakin dekat semakin berdebar..Mutawif mula menceritakan keistimewaan tanah haram Makkah ..antara yang paling ku ingat ialah ‘Jabal Buka’ (Bukit Menangis)..Bukit atau Gunung yang menangis sewaktu peristiwa Hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama Abu Bakr As Siddiq…ketika itu..beratnya hati Rasulullah untuk meninggalkan pergi tanah tumpah darahnya..di mana Baginda di puterakan..perjalanan penuh hati-hati di malam yang gelita setelah melepasi kepungan komplot yang ingin menamatkan riwayat baginda..namun gagal dengan pertolongan Allah.Sampai di sebuah bukit setelah beberapa batu dari rumah baginda..baginda berhenti..sambil memerhatikan kota Makkah dari bukit itu..sedih hati baginda di luahkan..”Kalau bukan kerna kaumku membenci dan mengusirku,nescaya tidakkan pernah aku tinggalkan bumi yang paling ku cintai ini..”..kalam yang terbit dari mulut yang suci ini di dengari seluruh penduduk alam..dan kesedihan Rasulullah itu membuatkan Jabal (Bukit@Gunung) tempat baginda dan Abu Bakr berdiri turut menangis..Subhanallah..betapa makhluk seperti bukit pun terlalu cintakan Nabi S.A.W…tidakkah kita sebagai ummat yang di kasihi baginda tidak terasa ingin menunjukkan kasih pada baginda yang mulia..?..sebuah ingatan buat diriku..

Sempadan Tanah Haram Makkah..

Begitulah mulianya Makkah..sehingga di namakan Makkah al Mukarramah..Makkah yang mulia..doa memasuki tanah haram di baca dan di aminkan bersama..moga ia menjadi saksi dan penebus..haramnya tubuh dan jiwaku dari nerakaMu..ameen.

Mutawif menerangkan sedikit perbezaan hotal di madinah dan makkah..di sini kurang selesa,kurang mewah berbanding di madinah..secara jujurnya aku dan rombongan tidak ambil pusing soal keselesaan..kehadiran ke sini bukan untuk bersenang lenang..kalau untuk berehat di katil yang empuk..banyak lagi destinasi yang boleh jadi pilihan.Sampai di Hotel..kami sekali lagi menunggu untuk barang di hantar ke bilik..ya..memang bilik di sini kecil berbanding di madinah..jauh jaraknya berbanding di madinah..namun ia membakar semangat kami untuk beribadat di Masjidil Haram.Aku belum melihat Masjidil Haram..namun hatiku seolah sudah sampai ke sana..Kaabah yang selama ini ku lihat dari gambar akan ku temui sebentar lagi..Ya Allah..izinkan aku melihat kebesaranMU..ameen..

Kami bersama-sama bertalbiah di dalam hati di dalam perjalanan menuju ke Masjidil Haram..turun bukit sedikit dari Royal Sultan..aku melihat ‘Haram’ dari jauh..sekali lagi suasana hening menyelubungi setiap hati kami..Doa dan talbiah berselang seli..doa mohon keberkatan memasuki Masjid yang paling agung ini..dari pintu 1 (King Abdul Aziz Gate)..aku sudah melihat Kaabah..aku aminkan doa melihat Kaabah yang di baca..manusia sedang berpusu-pusu keluar dan masuk..begitulah keistimewaan Masjidil Haram..tidak pernah sunyi dari ibadah hamba pada TuhanNya..kami mengikut Mutawif untuk Umrah yang pertama kali ini..dan buat diriku..ia yang wajib buat diriku.Niatku hanyalah untuk melakukan yang terbaik buat Penciptaku..walau sekadar mengikut..namun ia seiring dengan pemahaman akan apa yang dilakukan dan dilafazkan.Kaabah..semakin hampir..ia sungguh cantik..tersergam indah..kami menuju ke garisan Hajar Aswad..sambil berniat tawaf umrah..lantas bermulalah ibadah Umrah..kerana Allah Ta’ala.

Pandangan Kaabatus Syarifah..dari Rukun Yamani yang ada padanya Hajarul Aswad,Multazam,Pintu Kabbah dan Maqam Ibrahim

Kami yang pada awalnya bersama-sama dalam satu kumpulan..namun di akhir pusingan ke 7 tawaf hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih kekal bersama Mutawif..ramainya orang dan sikap mereka dalam bertawaf membuatkan kami terpisah..Selesai tawaf,kami berkumpul di belakang Maqam Ibrahim…antara tempat mustajab doa.Doa di ketuai oleh Mutawif..aku berdiri di sebelahnya..dan aku merasai keikhlasan doanya..kerana hatiku bergetar pada setiap doa yang di lafazkan..sambil mataku melihat tepat ke Kaabah asy Syarifah dan sesekali melihat maqam Ibrahim dan multazam..bergenang mataku..terasa sebak hatiku..kerana terasa hampirnya aku dengan Kaabah..tempat turunnya rahmat Allah..berada di tempat berdoanya para Nabi..bertawaf di tempat tawafnya para Malaikat..sungguh aku terasa menjadi tetamuMu..namun aku ini datang sarat dengan dosa..ampunkanlah dosaku Wahai Yang Maha Mengampuni..doa di teruskan secara bersendirian..biarpun kelihatan pegawai-pegawai masjid sibuk meleraikan jamaah untuk melancarkan laluan tawaf..aku terus berdiri..dan tenggelam dalam munajatku bersama Tuhanku..

Selesai doa dan solat sunat tawaf..mutawif yang sabar menanti kami selesai seorang demi seorang membawa kami ke satu sudut di tengah masjid..kami berehat sebentar sambil meminum air zam-zam..dan berehat sebentar menunggu solat maghrib sebelum menyambung ibadah sa’ie..kelihatan ramai dari rombongan kami yang terpisah tadi sudah pun melakukan sa’ie..kami sekadar memerhati dan menanti dengan penuh setia akan tibanya waktu solat maghrib..azan di kumandangkan..kami syahdu mendengar dan menjawab kalam-kalamnya..alangkah berbunganya hatiku apabila solat pertama kali dalam hayatku di Masjidil haram ini di imami oleh Syeikh Abdul Rahman Sudais..

Sewaktu selesai tahallul di kawasan saie yang mulia...

Kami meneruskan saei..sebuah ibadah yang penuh makna..aku cuma memastikan diriku tidak jauh dari mutawif dan ayah mertuaku..walau boleh ku baca sendiri..namun lebih yakin untuk kali pertama ini mengaminkan dulu sambil ikut mambaca doa-doa yang di bacakan Mutawif..di selang seli dengan lari-lari anak bagi lelaki di kawasan lampu hijau..aku terkenang kembali peristiwa pengorbanan Siti Hajar berlari-lari mencari air antara 2 bukit ini..dan sesungguhnya terlalu banyak pengajaran yang dapat di ambil dari peristiwa itu..dan pastinya doaku untuk isteriku Siti Hajar tidak ku lupakan..mudah-mudahan barakah nama insan ahlul bait Nabi Ibrahim A.S yang kita selawatkan dalam setiap solat kita..turut mengalir dalam ruh dan jasad isteriku..dan di tempat yang di lalui oleh Siti Hajar inilah aku doakan Siti Hajarku..

Ayah mertuaku..yang sudah berumur 70 tahun kelihatan begitu bertenaga berbanding diriku sendiri..menurut kata bapak..dah biasa kerja teruk..kerja lasak di kampong,menoreh dan berkebun sejak muda..ya..itulah hikmahnya..dan bagi diriku ia di tambah dengan keizinan Allah atas hambanya itu yang sangat ikhlas datang menemuinya..berbahagialah buat anak-anak yang menyumbang kepada tercapainya hasrat seorang ayah berkunjung ke Baitullah ini..

Selesai sa’ie..kami berkumpul di bukit Marwa’,berdoa dan bertahallul..aku ingat pesan Dato’ Daud Che Ngah..sebaik-baik bercukur bagi lelaki ialah pada umrah yang pertama..lalu..selepas bergunting..dan balik ke bilik..aku keluar semula untuk bercukur..alhamdulillah..bukan berbangga,tapi ternyata aku sahaja yang bercukur dalam rombongan ku waktu itu..dan mungkin setelah melihatku licin kepala..setelah umrah sunat ke 2..ramai yang membotakkan kepala dan bercukur..ramai geng akhirnya..syukur.

Begitulah selesainya Umrah yang pertama buat diriku..segala puji bagi Allah kerana menberi keizinan padaku untuk menyempurnakannya..moga di terima di sisiMu..ameen.

Di depan Kaabah setelah selesai umrah yang pertama bersama seorang saudagar Terengganu..Abg Halim..

Hampir 10 hari kami di Makkah al Mukarramah..pengalaman yang cukup indah tercipta di sana..hubungan antara kami serombongan semakin akrab..ziarah-ziarah yang kami hadiri pula membuatkan kami lebih akrab (mudah-mudahan) dengan Allah dan Rasulnya.Hari kedua di Makkah kami di beri kebebasan untuk aktiviti sendiri..dan ada yang mengerjakan Umrah sunnat pada peluang ini.Aku mengambil peluang untuk berehat untuk membasuh kain ihram lantaran aku hanya membawa sepasang sahaja..Solat di ‘Haram’ adalah kemestian bagi aku..hadir seawal mungkin untuk mendapatkan saf yang terbaik.Di waktu subuh,maghrib dan isya’,sebolehnya aku cuba untuk berada hampir dengan Kaabah..dan berada di belakang Maqam Ibrahim..sungguh..sukar untuk ku gambarkan perasaan bersolat di situ..terasa hadir di dalam jiwa ini kesayuan..keinsafan pada diri yang kotor..beberapa ketika,aku di rezqikan penghayatan yang amat dalam..sehingga aku menahan tangisan ketika sedang dalam solat..hanya kerana pemahaman pada ayat-ayat yang biasa di baca dan di dengar sebelum ini..tapi sebab itulah aku namakan ia sebagai rezqi..kerana ia benar-benar anugerah bagi seseorang..atas kehendakNya pada sesiapa yang dikehendakiNya dan pada bila-bila masa yang dikehendakiNya..dan aku kan rasa sedih jika pada keadaan lain,aku tidak di rezqikah penghayatan sebegitu pada waktu-waktu yang bukan ‘milikku’.Pernah juga,aku bersolat dan beribadat..dan waktu itu orang di sebelah yang di rezqikan taqarrub yang amat qarib dengan Tuhan..aku menumpang pada doanya..yakin..jika dia berasa hina kerna dosanya..aku boleh jadi lebih hina..dan jika dia orang soleh..aku menumpang kesolehannya..dan rapatnya dia di waktu itu dengan Allah..

Di hadapan Kaabah..aku merasai sesuatu..yang tidak ku sedari di Malaysia..namun ia tidaklah semata-mata berkait rapat tentang tempat rasaku,maksudnya mungkin sahaja ia dirasakan oleh orang di tempat-tempat lain,namun bagi diriku..ia amat ketara di sini..iaitu..menyebut nama Allah..di hadapan Kaabah..Rumah Allah..merenungnya dengan perasaan yang amat rendah diri..namun mengharapkan ‘pandangan’ Allah..aku amat terasa di lubuk hatiku yang amat dalam..kelazatan,keindahan,keasyikan dan kenikmatan menuturkan kalimah ALLAH..lantas aku teringat pada bait-bait lirik nasheed Nazeel Azami dari UK..

“ Nothing in the world can ever turns their hearts away from the calm and surrender they find when they say..Allahu Allah..”

Ku bermohon..Wahai pemilik segala kurnia..semoga hatiku ini tidak pernah mati dari merasai ketenangan dan kelazatan ini..ameen.

2 comments:

Ain said...

thanks 4 this entry..

nuzaidie said...

Im...sangat indah..tulisan ko buat aku teruja dan nak berada di situ..x sempat nk minatk tolong ko doakan uk aku...hehehe