Wednesday, June 10, 2009

My Umrah Part 2...Bakkah (1)


Tanah Suci Makkah…

Perjalanan dari Madinatun Nabi merupakan perjalanan yang penuh dengan perasaan..rindu..sedih..gusar dan teruja..kesemua silih berganti..dari Madinah..kami sekali lagi di peringatkan tentang Fadhail nya..walau ia bakal di tinggalkan..aku..sepertimana datang mencari-cari masjid nabawi..ketika pulang ini aku jua memusatkan pandanganku ke arah masjidin nabi ini..melihat kubah hijau..dan sebenarnya seolah-olah melihat Rasulullah..dengan sedih hati aku terpaksa meninggalkanmu..demi sebuah cinta yang kau cintai..cinta yang kekal abadi..Ziarah wada’ baginda selepas subuh pagi itu menyaksikan beratnya kakiku melangkah..dan..sehingga saat ku menulis inipun..rindu itu belum pun pernah surut..

Masjid Bir Ali..

Makkah..perjalanan menujunya mengambil masa kira-kira 6 jam..kami berhenti di Bir Ali untuk Miqat di sana..dan ianya adalah Miqat yang biasa bagi rombongan umrah dari Madinah..jadi..pantang larang di dalam ihram akan lebih panjang berkuat kuasa berbanding jika kita bermiqat di Ja’ranah,Hudaibiah dan Tana’im (tempat2 Miqat yang biasa buat jemaah Umrah dari Makkah sendiri)..Di Masjid Bir Ali..selesai solat sunat..kami bersama-sama berniat ihram di atas kenderaan (bas) sepertimana sunnahnya Rasulullah berniat ihram di atas unta baginda..maka bermulalah..sebuah perjalanan yang bernama Umrah..

Bermulanya perjalanan..kami berjamaah melafazkan talbiah di ketuai oleh ustaz Sharif-Mutawif kami..menghayati bait-bait maknanya..membuatkan kami dan aku secara peribadi tersentuh..memang kami ketika itu..secara khusus..sedang dalam perjalanan menuju Allah..menyahut seruan Allah..Allahu Akbar!..laungan talbiah di teruskan untuk beberapa ketika..hingga akhirnya Mutawif meminta kami meneruskan secara bersendiri..dan juga mencadangkan agar kami berehat,tidur kerana perjalanan selepas ini (Umrah) memerlukan tenaga untuk menjayakannya..aku yang dari tadi memasang nasyid dan selawat-selawat pilihan di telinga..melihat seorang demi seorang jemaah kami terlena dek keletihan..dan aku dapat rasakan perasaan yang sama sedang melanda diriku..ngantuknya..tapi kakak di hadapanku kelihatan membaca Al-Quran di sebelah suaminya..hebat kakak ini..getus hatiku..dan akhirnya aku tertidur..

Cuaca di luar amat panas..40° ke atas rasanya..air-cond yang sejuk pun terasa berjuang untuk menyejukkan ruang di dalam bas yang sedang meluncur laju..namun panas dan berdebar hatinya kami untuk bertamu di Masjidil Haram lebih membara..mungkin ada jemaah yang sudah berkali-kali bertamu di sana..namun bagi aku dan,ayah mertuaku dan ramai lagi..ini merupakan pengalaman pertama..dan moga-moga bukanlah kali terakhir..ameen.

Kami berhenti sebentar di Wadi’ Qudait..untuk makan solat zohor dan makan tengahari..sungguh..panas betul cuaca hari itu..namun berpakaian ihram bagi lelaki sedikit membantu..berpakaian putih dan kainnya seperti kain tuala cepat menyerap peluh dan memberi keselesaan walau di tengah panasnya matahari.Kami menunaikan solat dahulu..solat jama’ taqdim zohor dan asar..jadi,sesampainya nanti kira-kira asar..kami terus sahaja menunaikan Umrah..kerana asarnya sudah selesai..begitu penerangan Mutawif..Makan tengahri itu sungguh menyelerakan..Nasi Mandi..makanan arab,makan secara talam..alahamdulillah..dapat kami habiskan secara berjamaah..sungguh banyak fadhail makan talam ni..senang pun senang untuk basuh..dari banyak pinggan lauk dan nasi..jadi satu je..kan senang..hehe..iklan..walaupun aku sendiri dah jarang sangat praktikkan.

Selesai makan..air mineral yang dibekalkan seorang satu ku teguk perlahan..namun habis jugak walaupun perlahan..di waktu cuaca panas sebegini..sungguh kita menikmati ertinya air..padahal air mineral je pun..sedapnya..itulah barakah Makkah dan Madinah..

Perjalanan di teruskan..pantang larang ihram terus di jaga..membuatkan kita sentiasa menjaga diri kita..indahnya kalau selalu ‘semua manusia’ dalam keadaan begini..aman rasanya dunia.Perjalanan baru sebahagian..masih beratus kilometer juga harus di lalui sebelum kota ibadah dapat di jejakkkan kaki.Mutawif sekali lagi mempersilakan jemaah untuk menyambung rehat masing-masing..cuaca panas di luar..di dalam bas pula berair-cond..nyaman..di tambah pula dengan baru sahaja lepas makan nasi mandi yang enak..menyuburkan suasana hening di dalam bas..seorang demi seorang terlena..namun aku tidak pula terasa mengantuk kali ini..sudah cukup agaknya tidur yang tadi..ini masanya pula untuk ku mengamati perjalanan ini..perjalanan yang pernah di tempuh oleh Kekasih Hati Muhammad S.A.W…biarpun mungkin bukan di jalan yang sama dan pastinya bukan di suasana yang sama..namun masih ada persamaan yang dapat di rasai antara 2 zaman itu..ku amati..panas beginikah yang di lalui Rasulullah..sedang aku yang menaiki bas inipun terasa belum cukup sejuk air-cond bas ini..bagaimana dengan Baginda?..perjalanan yang dari tadi di hiasi batu kerikil dan batu-batan yang besar mahupun yang kecil pelbagai warna..sangat berbeza dengan suasana di Negara kita..sejuk menghijau..nyaman..banyak hentian untuk kita berhenti menghilangkan sebentar lelah setelah perjalanan jauh..bagaimana dengan Rasulullah..

Pemandangan biasa sepanjang perjalanan Madinah-Makkah

Kesimpulannya..di mata kasar ku..perjalanan itu amat mencabar..dan aku pasti aku tidak kuat untuk melalui perjalanan seperti ini..jika dengan hanya menunggang unta..dengan bekalan makanan yang entah seberapa..alangkah rendahnya aku berbandingmu Ya Muhammad..seketika aku juga berfikir..apapun kesusahannya..Dia adalah Nabi..Kekasih Allah..Dia amat kuat untuk kesusahan sekecil ini..tambah lagi pastinya mu’jizat dan keistimewaan baginda akan membuatkan semuanya terasa mudah..sekurang-kurangnya bertemankan sahabat yang sangat mulia..seperti Saidina Abu BAkr As Siddiq..dan yang paling penting.. yang paling menemani baginda pastinya Allah S.W.T..yang pastinya tidak sekali-kali membiarkan KekasihNya di dalam kesusahan..

Kakak yang dihadapanku masih lagi membaca Al-Quran..rasa-rasanya dia tidak tidur sedari Madinah lagi..bersungguh kakak ini..betapa dia merebut sebaik-baik peluang yang Allah beri ini..aku pula membelek buku panduan Umrah untuk memperkemas pengetahuan tentang Umrah..doa-doa sepanjang tawaf dan saie ku baca beserta terjemahannya untuk melancarkan bacaannya nanti..sesekali mataku melihat keluar..dan setiap kali itu aku kan berbisik..”Hebatnya dikau Rasulullah..sukarnya perjalananmu ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan cintamu pada ummatmu”..

Menghampiri Tanah Haram Makkah..jemaah di kejut oleh suara Mutawif..kami harus jaga untuk sama-sama membaca doa memasuki tanah haram..perasaan bercampur baur..semakin dekat semakin berdebar..Mutawif mula menceritakan keistimewaan tanah haram Makkah ..antara yang paling ku ingat ialah ‘Jabal Buka’ (Bukit Menangis)..Bukit atau Gunung yang menangis sewaktu peristiwa Hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama Abu Bakr As Siddiq…ketika itu..beratnya hati Rasulullah untuk meninggalkan pergi tanah tumpah darahnya..di mana Baginda di puterakan..perjalanan penuh hati-hati di malam yang gelita setelah melepasi kepungan komplot yang ingin menamatkan riwayat baginda..namun gagal dengan pertolongan Allah.Sampai di sebuah bukit setelah beberapa batu dari rumah baginda..baginda berhenti..sambil memerhatikan kota Makkah dari bukit itu..sedih hati baginda di luahkan..”Kalau bukan kerna kaumku membenci dan mengusirku,nescaya tidakkan pernah aku tinggalkan bumi yang paling ku cintai ini..”..kalam yang terbit dari mulut yang suci ini di dengari seluruh penduduk alam..dan kesedihan Rasulullah itu membuatkan Jabal (Bukit@Gunung) tempat baginda dan Abu Bakr berdiri turut menangis..Subhanallah..betapa makhluk seperti bukit pun terlalu cintakan Nabi S.A.W…tidakkah kita sebagai ummat yang di kasihi baginda tidak terasa ingin menunjukkan kasih pada baginda yang mulia..?..sebuah ingatan buat diriku..

Sempadan Tanah Haram Makkah..

Begitulah mulianya Makkah..sehingga di namakan Makkah al Mukarramah..Makkah yang mulia..doa memasuki tanah haram di baca dan di aminkan bersama..moga ia menjadi saksi dan penebus..haramnya tubuh dan jiwaku dari nerakaMu..ameen.

Mutawif menerangkan sedikit perbezaan hotal di madinah dan makkah..di sini kurang selesa,kurang mewah berbanding di madinah..secara jujurnya aku dan rombongan tidak ambil pusing soal keselesaan..kehadiran ke sini bukan untuk bersenang lenang..kalau untuk berehat di katil yang empuk..banyak lagi destinasi yang boleh jadi pilihan.Sampai di Hotel..kami sekali lagi menunggu untuk barang di hantar ke bilik..ya..memang bilik di sini kecil berbanding di madinah..jauh jaraknya berbanding di madinah..namun ia membakar semangat kami untuk beribadat di Masjidil Haram.Aku belum melihat Masjidil Haram..namun hatiku seolah sudah sampai ke sana..Kaabah yang selama ini ku lihat dari gambar akan ku temui sebentar lagi..Ya Allah..izinkan aku melihat kebesaranMU..ameen..

Kami bersama-sama bertalbiah di dalam hati di dalam perjalanan menuju ke Masjidil Haram..turun bukit sedikit dari Royal Sultan..aku melihat ‘Haram’ dari jauh..sekali lagi suasana hening menyelubungi setiap hati kami..Doa dan talbiah berselang seli..doa mohon keberkatan memasuki Masjid yang paling agung ini..dari pintu 1 (King Abdul Aziz Gate)..aku sudah melihat Kaabah..aku aminkan doa melihat Kaabah yang di baca..manusia sedang berpusu-pusu keluar dan masuk..begitulah keistimewaan Masjidil Haram..tidak pernah sunyi dari ibadah hamba pada TuhanNya..kami mengikut Mutawif untuk Umrah yang pertama kali ini..dan buat diriku..ia yang wajib buat diriku.Niatku hanyalah untuk melakukan yang terbaik buat Penciptaku..walau sekadar mengikut..namun ia seiring dengan pemahaman akan apa yang dilakukan dan dilafazkan.Kaabah..semakin hampir..ia sungguh cantik..tersergam indah..kami menuju ke garisan Hajar Aswad..sambil berniat tawaf umrah..lantas bermulalah ibadah Umrah..kerana Allah Ta’ala.

Pandangan Kaabatus Syarifah..dari Rukun Yamani yang ada padanya Hajarul Aswad,Multazam,Pintu Kabbah dan Maqam Ibrahim

Kami yang pada awalnya bersama-sama dalam satu kumpulan..namun di akhir pusingan ke 7 tawaf hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih kekal bersama Mutawif..ramainya orang dan sikap mereka dalam bertawaf membuatkan kami terpisah..Selesai tawaf,kami berkumpul di belakang Maqam Ibrahim…antara tempat mustajab doa.Doa di ketuai oleh Mutawif..aku berdiri di sebelahnya..dan aku merasai keikhlasan doanya..kerana hatiku bergetar pada setiap doa yang di lafazkan..sambil mataku melihat tepat ke Kaabah asy Syarifah dan sesekali melihat maqam Ibrahim dan multazam..bergenang mataku..terasa sebak hatiku..kerana terasa hampirnya aku dengan Kaabah..tempat turunnya rahmat Allah..berada di tempat berdoanya para Nabi..bertawaf di tempat tawafnya para Malaikat..sungguh aku terasa menjadi tetamuMu..namun aku ini datang sarat dengan dosa..ampunkanlah dosaku Wahai Yang Maha Mengampuni..doa di teruskan secara bersendirian..biarpun kelihatan pegawai-pegawai masjid sibuk meleraikan jamaah untuk melancarkan laluan tawaf..aku terus berdiri..dan tenggelam dalam munajatku bersama Tuhanku..

Selesai doa dan solat sunat tawaf..mutawif yang sabar menanti kami selesai seorang demi seorang membawa kami ke satu sudut di tengah masjid..kami berehat sebentar sambil meminum air zam-zam..dan berehat sebentar menunggu solat maghrib sebelum menyambung ibadah sa’ie..kelihatan ramai dari rombongan kami yang terpisah tadi sudah pun melakukan sa’ie..kami sekadar memerhati dan menanti dengan penuh setia akan tibanya waktu solat maghrib..azan di kumandangkan..kami syahdu mendengar dan menjawab kalam-kalamnya..alangkah berbunganya hatiku apabila solat pertama kali dalam hayatku di Masjidil haram ini di imami oleh Syeikh Abdul Rahman Sudais..

Sewaktu selesai tahallul di kawasan saie yang mulia...

Kami meneruskan saei..sebuah ibadah yang penuh makna..aku cuma memastikan diriku tidak jauh dari mutawif dan ayah mertuaku..walau boleh ku baca sendiri..namun lebih yakin untuk kali pertama ini mengaminkan dulu sambil ikut mambaca doa-doa yang di bacakan Mutawif..di selang seli dengan lari-lari anak bagi lelaki di kawasan lampu hijau..aku terkenang kembali peristiwa pengorbanan Siti Hajar berlari-lari mencari air antara 2 bukit ini..dan sesungguhnya terlalu banyak pengajaran yang dapat di ambil dari peristiwa itu..dan pastinya doaku untuk isteriku Siti Hajar tidak ku lupakan..mudah-mudahan barakah nama insan ahlul bait Nabi Ibrahim A.S yang kita selawatkan dalam setiap solat kita..turut mengalir dalam ruh dan jasad isteriku..dan di tempat yang di lalui oleh Siti Hajar inilah aku doakan Siti Hajarku..

Ayah mertuaku..yang sudah berumur 70 tahun kelihatan begitu bertenaga berbanding diriku sendiri..menurut kata bapak..dah biasa kerja teruk..kerja lasak di kampong,menoreh dan berkebun sejak muda..ya..itulah hikmahnya..dan bagi diriku ia di tambah dengan keizinan Allah atas hambanya itu yang sangat ikhlas datang menemuinya..berbahagialah buat anak-anak yang menyumbang kepada tercapainya hasrat seorang ayah berkunjung ke Baitullah ini..

Selesai sa’ie..kami berkumpul di bukit Marwa’,berdoa dan bertahallul..aku ingat pesan Dato’ Daud Che Ngah..sebaik-baik bercukur bagi lelaki ialah pada umrah yang pertama..lalu..selepas bergunting..dan balik ke bilik..aku keluar semula untuk bercukur..alhamdulillah..bukan berbangga,tapi ternyata aku sahaja yang bercukur dalam rombongan ku waktu itu..dan mungkin setelah melihatku licin kepala..setelah umrah sunat ke 2..ramai yang membotakkan kepala dan bercukur..ramai geng akhirnya..syukur.

Begitulah selesainya Umrah yang pertama buat diriku..segala puji bagi Allah kerana menberi keizinan padaku untuk menyempurnakannya..moga di terima di sisiMu..ameen.

Di depan Kaabah setelah selesai umrah yang pertama bersama seorang saudagar Terengganu..Abg Halim..

Hampir 10 hari kami di Makkah al Mukarramah..pengalaman yang cukup indah tercipta di sana..hubungan antara kami serombongan semakin akrab..ziarah-ziarah yang kami hadiri pula membuatkan kami lebih akrab (mudah-mudahan) dengan Allah dan Rasulnya.Hari kedua di Makkah kami di beri kebebasan untuk aktiviti sendiri..dan ada yang mengerjakan Umrah sunnat pada peluang ini.Aku mengambil peluang untuk berehat untuk membasuh kain ihram lantaran aku hanya membawa sepasang sahaja..Solat di ‘Haram’ adalah kemestian bagi aku..hadir seawal mungkin untuk mendapatkan saf yang terbaik.Di waktu subuh,maghrib dan isya’,sebolehnya aku cuba untuk berada hampir dengan Kaabah..dan berada di belakang Maqam Ibrahim..sungguh..sukar untuk ku gambarkan perasaan bersolat di situ..terasa hadir di dalam jiwa ini kesayuan..keinsafan pada diri yang kotor..beberapa ketika,aku di rezqikan penghayatan yang amat dalam..sehingga aku menahan tangisan ketika sedang dalam solat..hanya kerana pemahaman pada ayat-ayat yang biasa di baca dan di dengar sebelum ini..tapi sebab itulah aku namakan ia sebagai rezqi..kerana ia benar-benar anugerah bagi seseorang..atas kehendakNya pada sesiapa yang dikehendakiNya dan pada bila-bila masa yang dikehendakiNya..dan aku kan rasa sedih jika pada keadaan lain,aku tidak di rezqikah penghayatan sebegitu pada waktu-waktu yang bukan ‘milikku’.Pernah juga,aku bersolat dan beribadat..dan waktu itu orang di sebelah yang di rezqikan taqarrub yang amat qarib dengan Tuhan..aku menumpang pada doanya..yakin..jika dia berasa hina kerna dosanya..aku boleh jadi lebih hina..dan jika dia orang soleh..aku menumpang kesolehannya..dan rapatnya dia di waktu itu dengan Allah..

Di hadapan Kaabah..aku merasai sesuatu..yang tidak ku sedari di Malaysia..namun ia tidaklah semata-mata berkait rapat tentang tempat rasaku,maksudnya mungkin sahaja ia dirasakan oleh orang di tempat-tempat lain,namun bagi diriku..ia amat ketara di sini..iaitu..menyebut nama Allah..di hadapan Kaabah..Rumah Allah..merenungnya dengan perasaan yang amat rendah diri..namun mengharapkan ‘pandangan’ Allah..aku amat terasa di lubuk hatiku yang amat dalam..kelazatan,keindahan,keasyikan dan kenikmatan menuturkan kalimah ALLAH..lantas aku teringat pada bait-bait lirik nasheed Nazeel Azami dari UK..

“ Nothing in the world can ever turns their hearts away from the calm and surrender they find when they say..Allahu Allah..”

Ku bermohon..Wahai pemilik segala kurnia..semoga hatiku ini tidak pernah mati dari merasai ketenangan dan kelazatan ini..ameen.

Sunday, May 24, 2009

My Umrah Part 1 (Kota Thayyibah-Madinatul Munawwarah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..ku mulakan kisah perjalananku dengan kisah Madinah..negeri Kekasih Allah..Muhammad S.A.W..

Sebelum Hijrah..di kenali dengan Yathrib..dahulunya tempat yang tidak terkenal..tidak diberkati..berpenyakit..malah di sifatkan kalau seekor burung lalu di udara Yathrib..akan menemui sakit dan kematian..Ibu dan Bapa Nabi S.A.W juga sakit dan wafat dalam perjalanan pulang setelah menziarahi Yathrib..namun Allah mengkabulkan doa Kekasihnya.."Ya Allah..jadikanlah Madinah keberkatannya dua kali ganda berkahnya Makkah"..lantas siapa sahaja yang pernah ke sana akan merasai barakahnya tanah haram ini..udaranya adalah ubat,debunya adalah ubat,tanah dan kandungannya (tanamannya) adalah ubat..begitulah kemuliaan bumi yang 'memeluk' jasad yang paling mulia di alam semesta ini..itulah Madinah al Munawwarah..

Perjalanan bermula dari rumah.selesai melakukan sunat musafir..berwasiat dan bersalaman dengan isteri dan anak tercinta yang tidak ikut menghantar ke airport,langkah kanan di mulakan.anak2ku meronta di sebalik pagar sedar mereka akan di tinggalkan..tinggal ya sayang..Allah lah sebaik2 penjaga kalian..tuturku di dalam hati..mereka masih kecil untuk memahami erti perpisahan..biarpun jadualnya hanya sementara..namun siapa tahu kalau ia untuk selamanya..kasihan anak2ku..memang mereka kecil untuk mengerti..namun pemergian seorang ayah tetap terasa..sejak pagi sampai ke malam semuanya dedar..demam..melepek berbaring lesu..tiada mood untuk bermain..

Itu semua ujian untuk menjadi tetamu istimewa bukan?..di airport di hantar oleh ibuku,adik beradik ipar dan kawan2..terima kasih semua.pesawat kami akan memulakan perjalanan ke doha,Qatar,transit di sana  6 jam sebelum bertolak ke babul haramain-Jeddah.jika di hitung perjalanan dari aku keluar rumah hingga aku menjejakkan kaki ke tanah haram pertama..madinah..adalah seharian.penat?takkanlah tak..melihat katil dan bilik yang agak mewah di madinah..harus sahaja aku lempiaskan nafsu tidur sepuas2nya.ahh..tidur dulu kasi hilang ngantuk..esok baru boleh pulun..namun tidak.seperti nasihat Us Sharif Mutawif kami,solat maghrib sahaja semasa berhenti dalam perjalanan ke madinah kerna boleh isya’ di masjid nabi.namun sesampainya di sana,setelah sedikit menunggu untuk giliran bilik dan barang bagasi,ramai yang kelihatan nak solat di bilik saja..

Beberapa detik sebelum itu..di saat di kejut oleh pengunguman mutawif akan hampirnya kami ke bumi suci madinah..aku yang tadinya nyenyak tidur dalam asyik mendengar selawat yang ku compile untuk Rasulullah yang bakal ku temui..terjaga..ha? dah dekat ke?terang benderang mata jadiknya..doa masuk tanah haram di baca..lalu ku amati manakah masjid nabawi..sambil mendengar mutawif bercerita tentang fadhail bumi madinah..tiba2 aku terlihat bangunan masjid bercahaya dari jauh sebelah kananku..sejak dari itu..aku tak mahu menolah ke arah lain..terlihat sahaja kubah hijau..ku hulurkan salam buat baginda..dadaku terasa sesak..sebak kerana aku di izin jua untuk menjadi tetamu baginda S.A.W..alhamdulillah..

307,Hotel Fayrooz Al Shattar,itulah lokasi ku beradu di madinah.kamar berkatil 4,aku pilih katil yang satu ini kerana ia katil di hujung kaki orang..takkan nak bagi ayah mertua dan pakcik yang baru dikenali..rupa-rupanya disebelahnya terdapat sebuah tingkap..dan pandangannya terus tepat ke masjid Nabi..Kubah hijau yang ku rindui itu turut kelihatan dari bilikku..alhamdulillah..di sinilah tempatku..getus hatiku.selesai meletak2 barang..aku mengajak ahli bilik untuk ke Masjid Nabi..bersolat Isya’.Semua mahu turut serta kecuali seorang yang masih berhadapan masalah bagasinya..jadi kami menelusuri hotel dan terus masuk ke pagar halaman masjid nabi..menurut seorang sahabat yang kebetulan ke masjid tika itu..”kita kene pusing jauh sikit ni sebab malam di bukak satu pintu je”..kami menuruti sahabat itu..biarpun penat terasa di tambah letih perjalanan dari Malaysia tidak hilang lagi..tapi demi sebuah rindu..kami seret juga kaki yang hina ini ke Masjid Nabi..menghampiri Masjid Nabi..aku bagai hilang kawalan..terasa ingin ku berlari mendapatkan Raudhah..melalui pintu itu..langkahku semakin pantas sambil mengajak rombonganku memantaskan langkah..bapa mertuaku turut bersemangat..hilang penat dia rasanya..aroma semerbak raudhah mulai meneroka hidung-hidung kami..sambil beg kasut di tangan..aku mencari2 tempat untuk meletak kasut..Raudhah sudah di hadapan mata..

Subhanallah..tika itu..tidak ramai di raudhah..rezqi..bisik hatiku..terus aku mencari ruang di carpet hijau yang menandakan kawasan raudhah.Solat tahiyyatul masjid..lantas solat isya’…melihat Mihrab Nabi yang mulia..aku terasa ingin menghampirinya..lalu kudrat dari Allah yang membawa aku ke sana.beratur..menunggu giliran ke untuk bersolat di mimbar..setelah menunggu aku dipersilakan oleh seorang remaja..kira2..dari Turki..terima kasih..dari hatiku..lalu aku ku tunaikan solat di situ..dalam sujudku terakhir..kerinduanku pada Allah dan Rasul ku lempiaskan dengan tangisan dari mata yang hina ini..aku sungguh bersyukur..betapa Allah beri kemudahan untuk sampai ke Raudhah ini dengan tanpa bersesak..alhamdulillah alfa marrah (seribu kali).selesai solat,peluang untuk orang lain pula,toleransi..itulah antara kuncinya..kalau nak sorang2 je..kalaupun dapat..belum tentu di terima..Allah kan Maha Adil.

Selesai solat..rindu dan salam perlu ku hulur di hadapan junjungan S.A.W..perlahan2 ku menyusuri ke tempat yang ku agak2 Maqam Rasulullah..disisi Raudhah.maklumlah.kali pertama..lalu dari Mimbar yang mulia aku ke hadapan dan ke kiri mengikut ramai manusia yang bergerak perlahan.Ya..dari kejauhan aku melihatnya..perlahan2 aku lontarkan..Assalamualaika Ya Rasulullah..Ya Habiballah..Ya Habibi..Ya Mustofa..Ya Murtadha..Ya Khairal Anam..pelbagai lafaz yang terlintas ku ucapkan..sukar untuk kugambarkan rasa ketika itu..sesekali tunduk tanda hormat pada baginda sambil melalui hadapan Maqam..kalau kita dihadapan raja..kita di ajar tunduk menghormatinya..jadi siapalah raja-raja itu berbanding Nabi S.A.W..itulah antara adab menziarahi Nabi..selesai salam buat Sayyidina Abu Bakr As Siddiq dan Sayyidina Umar..aku u-turn..ke bahagian belakang dari laluan utama.berhenti sejenak di hadapan maqam baginda S.A.W..mengucapkan lagi selawat dan salam pada baginda..namun tak kan pernah boleh berlama-lama di situ..kerna ada yang dengki dengan kerinduan ummat pada NabiNya..wallahu a’lam..perasaanku ketika itu?..Allah wa Rasuluhu a’lam..

Aku kembali ke raudhah..masih ku rasakan kelegaan di raudhah tika itu.Aku dekati bapa mertuaku dan sahabatku untuk masuk dalam raudhah..sedikit tips untuk mereka..tanpa berlengah mereka masuk dalam taman syurga itu..dan beribadah di dalamnya..alhamdulillah.kami balik ke bilik sekitar jam 2.30 pagi..dan orang ramai sudah mula membanjiri masjid nabi..sedang subuh masuk sekitar jam 4.20 pagi..Pulang untuk merehatkan badan sebentar dan kembali untuk subuh sebentar nanti..indahnya beribadah di sisi Nabi.. :)

Hari pertama di Madinah ziarah dalam sahaja.Kami di bawa ke raudhah dan Maqam sepertimana yang kami lakukan sendiri malam tadi.Alhamdulillah..dapat lagi aku solat di raudhah pagi itu..di mihrab yang mulia..menziarahi maqam Rasulullah dan menziarahi Baqi’..lantas..untuk diriku sendiri..aku cuba menjadikan satu kemestian bagi diriku..untuk..menziarahi Rasulullah..setiap kali ke masjid Nabi..mungkin tidak pada semua waktu..tapi kebanyakkan daripadanya Alhamdulillah aku cuba..pernah..aku mendapat ‘teguran’ bilamana aku bercadang2 untuk tidak melalui Maqam al Habib al Mustofa pada satu zohor..lalu peristiwa  itu akhirnya membuatkanku akhirnya melintasi dengan rendah diri di hadapan Nabi..S.A.W..dan masalah itu beroleh penyelesaiannya..Allahumma solli ‘ala Muhammad..mungkin bagi org lain..ia tiada kaitan..tapi aku merasainya..

Hari kedua..ziarah luar..kami di bawa menziarahi Masjid Quba ’..masjid pertama di bina Nabi sebelum sampai betul2 di kota Madinah..di mana ia masjid yang sering di kunjungi baginda S.A.W semasa hayatnya..jadi menjadi sunnah bagi kita ummatnya untuk mengunjungi juga.Fadhilat bagi mereka yang menziarahi Masjid Quba’ dengan berwudhu’ di rumah dan seterusnya solat dua rakaat di dalamnya..beroleh pahala Umrah oleh Allah.MasyaAllah...seterusnya kami ke Ladang Kurma Musleh al Auf..dari keturunan sahabat Nabi yang kaya raya Abdurrahman al Auf..ternyata kekayaannya hingga ke hari ini..penziarah boleh makan percuma sedaya mampu mereka..tapi kenala bawak beli untuk bawak balik..lagipun..maksud hadith..Nabi gembira akan ummatnya yang mema’murkan negeri baginda melalui jual beli…

Kami seterusnya ke Jabal Uhud,sebuah gunung yang nanti pada hari kiamat akan di pindahkan ke Syurga..di sinilah kawasan terjadinya peperangan Uhud..di sinilah terkorbannya Sayyidina Hamzah R.A..bapa saudara nabi..peristiwanya ada kami (inteam)nyanyikan dalam lagu Hamzah Asadullah.Namun..apa yang terjadi pada waktu itu lebih dahsyat untuk di gambarkan..berlaku pada musim panas seperti yang kami rasai tika itu.Kalau kita..mungkin dengan panasnya sahaja kita boleh tewas..namun..Uhud…walaupun kita tewas..namun di sanalah gugurnya syuhada’ yang mulia..yang di maqamkan di kawasan berhampiran..salam di hulur buat para syuhada’..aku menaiki sendiri jabal pemanah dan melihat kawasan uhud dari atas itu..sedih..mengenangkan Nabi..cedera sebegitu teruk..sehingga pecah gigi tengah junjungan yang mulia..kerana mempertahankan dan memperjuangkan agama..untuk kita.Sahabat..ada yang mempertahankan panji2 Islam..walau hanya dengan tubuhnya sahaja setelah tangan dan kaki di potong oleh kafir durjana..sesungguhnya tiada yang lebih layak untuk kalian melainkan syurga..

Ada sesuatu yang ingin ku lontarkan..pendapatku sendiri..berada di sana..bagiku tidak tepat jika kita mengatakan para sahabat yang mulia tamakkan harta ghanimah sehingga Khalid al Walid yang ketika itu mempimpin tentera kuffar mengambil peluang untuk menyerang balas,hingga terkorban 70 syuhada’ uhud.seperti kata mutawif..sahabat nabi yang mulia ini hanyalah turun membantu sahabat2 mereka yang lain yang mengumpul ghanimah..dan kesilapan mereka memanglah mengingkari pesan Nabi S.A.W,namun bukan kerana sifat tamaknya mereka..tidak selayaknya Sahabat Nabi R.A di kaitkan sebegitu rupa.Semoga berhati-hati kita dalam mensifatkan para sahabat yang mulia ini akan dibalas dengan kebaikan,ameen.Wallahu a’lam..

Selanjutnya kami di bawa ke kilang percetakan Mushaf Al Quran King Abdul Aziz..Setiap yang melawatnya pasti akan mendapatkan sebuah Al-Quran secara percuma..tetapi lelaki sahaja..ini peraturan di Arab Saudi..yang perempuan boleh membeli di kaunter jualan di luar.Satu lagi…sewaktu di Haramin..aku cuba untuk menjaga wudhu’ku sebaik mungkin.Sebaik terbatal,ku perbaharui semula..dan inilah amalan para Kekasih Allah..tapi di sini..susah nak istiqamah..hehe..alasan la tu :)

Pulang dari Kilang Percetakan Al Quran,kami singgah di Masjid Qiblatain..menunaikan solat tahiyyatul masjid..dan memohon doa pada Yang Maha Mendengar doa hambaNya.Mudah2an aku di beri peluang untuk berkunjung pula ke Masjid yang menjadi Qiblat pertama Muslim..Masjid al Aqsa,ameen.

Sesungguhnya terlalu banyak keberkatan pada Madinah..yang amat ku rindui..namun tak terluah kesemua di sini.Pergilah sendiri..kitakan merasai keberkatannya.. Jujurnya aku tak puas 3 hari di sana..namun banyak hajat dan impianku tertunai jua di sana..ku bacakan selawat dari kitab 'Dalailul Khairat' di belakang Maqam Nabi..S.A.W..kitab ini di beritakan pernah di bakar oleh penguasa.Terpulanglah..bagi aku..tiada yang lebih indah dari memuji Allah dan menghulurkan kalimah salam pada Nabi al-amin menggunakan kalam yang di atur para Ulama'..dan ia menguatkan cintaku pada Nabi..mudah2an..ameen.. 


Madinah ku tinggalkan dengan airmata kerinduan kerna terpaksa berpisah dengan Nabi S.A.W..dan jua doa pada Allah..semoga aku di kembalikan di sini..malah jua mati di sini..ameen..

 

 

 

 

Monday, May 18, 2009

Dah balik dah..Alhamdullillah


Segala puji bagi allah atas nikmat usia dan kesihatan..aku di panjangkan usia untuk menjejakkan kaki kembali ke bumi tanah tumpah darah ku ini..setelah hampir setengah purnama berkelana di baladul amin..Makkah dan Madinatun Nabi..



Biarpun hampir seminggu aku bertawaf wada' tanda meninggalkan tanah haram Makkah,namun rinduku padanya masih membara.jam di tanganku ini belum lagi ku tukar mengikut aturan tempatan..wangian2 yang ku beli di sana masih ku calitkan ditubuh saban hari agar tanah haram terasa dekat di hati ini..sampai demam2 lah rindu ni..sambil demam kerana memang dah nak demam..



Pun begitu aku belum bersedia untuk mencoretkan lembaran kisah sepanjang ku di sana..untuk kenanganku sendiri..biar ia mengambil sedikit masa..asal mudah2n dapat meninggalkan kalau tidak banyak,sedikit kesan baik buat diriku sendiri..untuk bekal buat kenang-kenangan di saat lara..Semoga di beri kekuatan untuk menyiapkannya nanti..ameen..bi sirril Fatihah!


Thursday, April 30, 2009

Aku sahut panggilanMu..



Assalamualaikum wbt..

Beberapa ketika dari saat aku menulis ini..aku akan berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah..negeri Kekasih yang ku rindu-rindui..biar pelbagai gelojak rasa dapat kurasakan sekarang ini..namun semuanya harus sahaja aku ketepikan kerna yang ingin ku kunjungi ini adalah tempat penuh barakah..tanah penuh sejarah..semoga aku di beri kekuatan dan kesihatan bertamu di sana..

Aku pohon belas kasihMu Ya Allah,agar Kau memberikanku hati yang celik di sana..agar aku terus bersaksi lantas menyaksikan kekuasaan2Mu..di tempat penuh barakah ini..di mana tidak pernah pun sesaat berlalu tanpa kalimah pujian membesarkanMu..moga aku menjadi salah seorang darinya..yang Kau 'pandang' dan 'kasihani' dari jutaan hambaMu nanti..

Keluarga dan sahabat handai tersayang..yang ku tinggalkan..semoga kalian beroleh ketenangan dan keteguhan jiwa..ameen.

"Perbanyakkanlah Selawat dan Salam buat Penghulu  Negeri ini..Muhammad S.A.W"
 

Sunday, March 29, 2009

Hari Bahagia..


25 Mac merupakan tarikh kelahiran sahabatku Mohd Syahril Abd Khalid. Tahniah atas bertambahnya umur yang bermanfaat dan di doakan agar terus dipanjangkan umur dan di murahkan rezeqi yang barakah.ameen..Sambutan ala kadar di pejabat tetap di laksanakan setiap tibanya tarikh kelahiran staff2 terlibat.Tapi untuk boss pun sambutannya wasathiyyah sahaja..zuhud macam tuannya..
 
Selamat Hari Lahir juga untuk Safarizal (berbaju Hitam)..

Thursday, March 19, 2009

MAKNA RINDU..

Hari ini aku sayu sangat..entah kenapa..rindu pada siapa agaknya..atau siapa yang merinduiku agaknya..hinggakan semua serba tak kena hari ini..tapi inilah kehidupan..ada pasang surutnya..

Pertamanya tentulah aku rindukan diriku yang dahulu..yang suci bersih.Tentunya waktu itu waktu kecilku..dosaku masih sedikit..hingga hatiku begitu mudah tersentuh pada perubahan pada duniaku.Setelah saban waktu berlalu..mungkin sahaja dosa2ku membuatkanku aku terhijab pada banyak perkara kebaikan..Ya Allah..ampuni dosaku..Semoga aku berjumpa diriku yang suci itu kembali..

Seterusnya semalam..aku mimpikan Almarhum ayah..aku datang pada ayah seperti aku di waktu kecil..aku bermain dan bermanja dengan ayah..hinggakan aku berbaring di pangkuan ayah..sedang hakikatnya semasa hayat ayah..aku jarang baring di pangku ayah..bukan kerna tak manja..tapi kerana hormat dan sedikit gerun pada ayah yang tegas..tapi mak kata..dulu..masa aku tidur..ayah akan datang mengusap dan membelaiku sambil mulutnya membaca seusatu.itulah doa seorang ayah..ahh..rindunya pada ayah..dan mungkin sahaja ayah juga rindukan aku..rindukan kiriman-kiriman doa dan ayatul quran dariku..lantas ku hadiahkan ayah beberapa surah dan doa dariku yang tak seberapa..



Gambar di atas menterjemah seribu kenangan..yang pastinya aku lebih mengerti..lama rasanya sudah tidak aku bercerita tentang ayah..buka kerna lupa..tapi kerna tak mahu tersalah rasa..rasa sedih yang aku rasai..hampir 10 tahun sebelum aku punya teman untuk berkongsi..akulah anak..yang rindukan ayah..terasa diriku masih kosong ketika aku ayah tinggalkan..masih mentah untuk menterjemah isi dunia, apatahlagi untuk berhadapan dengannya.Bisakah ayah kembali?..pasti tidak..selayaknya ayah disana..kerana aku mendoakan ayah bahagia di alam nya..bersama kekasih-kekasih Allah..amin..

Rupaku..dan anakku Fathiah dan Khadijah sama..namun aku khuatir tidak sama dalam mendidik mereka seperti mana didikan 'atok ayah'..Ya Allah,sekali lagi aku hiba..alangkah bahagianya jika anak2ku jua isteriku sempat berjumpa dengan ayah..sukar untuk ku angankan keadaan itu..tapi mudah2an Allah memberikan izinNya untuk kami berkumpul semula di dalam SyurgaNya nanti..kerana tiada yang mustahil di sisi Allah..namun mahar sebuah syurga tidak semurah sebuah angan-angan..jalan yang getir harus di tempuh..apapun,untuk bersama dengan orang-orang yang kita kasihi..untuk bersama Nabi S.A.W..dan untuk memperoleh 'pandangan kasih sayang Allah'..siapapun tiada pilihan lain selain dari mengharungi jalan nan getir tadi..demi sebuah RINDU..

Tuesday, March 17, 2009

Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Alhamdulillah..aku terus dipanjangkan umur untuk menyambut tarikh dan hari kebesaran..lahirnya insan yang paling dekat di sisi Allah..iaitu Muhammad S.A.W..aku bersyukur kerana berbanding tahun2 yang lepas,aku kian mengerti dan kian menyedari akan perlunya sambutan ini di rayakan..berbanding aku yang dahulu..

Dulu..sewaktu masih kecil..Arwah ayah membawa ku ke masjid jame' segamat setiap hadirnya 12 rabi'ul awwal.Acaranya senada sahaja..ade bacaan selawat dan marhaban..berzanji..bacaan Al Quran..kemuncaknya ceramah oleh tokoh2 agama setempat..alhamdulillah dan syukur,terima kasih ayah kerana itu menjadi asas dan benih cintaku pada Nabi S.A.W..



Selesai ceramah..hadirin akan makan bersama dalam talam..selalunya aku menyelit dengan ayah je..menjamah makanan..itulah rutinnya sehingga aku dewasa..sambutan hari kebesaran ini tidak banyak berubah..tapi manusianya yang banyak berubah..

Kini ramai yang mempersoalkan apa keperluan Maulidur Rasul ini di sambut..cukup menyedihkan..umat Muhammad S.A.W itukah yang bercakap?..ya..bahkan para ilmuan dan 'arifin pulak..hebat rupanya kita dari orang2 dahulu..nak menyalahkan orang yang dahulu yang menyambutnya..aku tak nak berbahas tentang hukum dalam isu ini..banyak dah rasanya laman web atau sumber rujukan yang boleh dijadikan sandaran buat mereka yang terpinga2 tentang isu ini..tapi aku lebih terkesan dengan perangai2 umat baginda yang inginkan syafaat baginda tetapi nak sambut hari kelahiran nabi pun banyak songel..

Hari ini kita sambut birthday kita..kurang2 pun kita buat jamuan ringkas walaupun kita sorang2 diri..apatah lagi bagi mereka yang melazimi majlis2 hari lahir@hari jadi yang besar2..alih2 untuk menyambut kelahiran Nabi S.A.W..kita ingkar..banyak hadith yang menunjukkan keutamaan Rasulullah S.A.W berbanding diri kita sendiri..apakah dengan menyambut dan membesarkan hari kelahiran baginda yang bertujuan mencukuri nikmat Allah tidak tergolong dalam keutamaan tersebut?..

Sebab itu bagi aku..antara asbab berlakunya semua ini adalah sebab wafatnya Rasulullah di hati2 umat akhir zaman..benar Rasulullah sudah wafat..ia peristiwa yang amat menyedihkan tapi lebih menyedihkan apabila di hati umat2 baginda sudah tidak hidup lagi Muhammad S.A.W.Lihatlah sirah untuk membandingkan diri kita dengan sahabat2 baginda..dalam isu ini..sesungguhnya Rasulullah tidak pernah wafat di hati mereka..mereka sentiasa ingat pada baginda..hinggakan ada sahabat yang gagal menahan perasaan rindu pada baginda di saat menziarahi maqam Rasullullah S.A.W..

Bagi kita yang fizikalnya terlalu jauh dengan zaman baginda..yang jauh untuk menatap wajah suci baginda yang hanya dengan melihatnya kita akan beroleh ketenangan..kita amat perlu kepada semangat Maulidur Rasul..di mana hari orang ramai menyambut dan memperkatakan tentang Syama'il (kesempurnaan Nabi S.A.W)..orang memperbanyakkan selawat pada Nabi S.A.W..dan orang menangis kerana rindukan Nabi..akan tetapi semangat ini perlu hidup sepanjang tahun..seperti mana ulama'2 besar kita yang sangat mengutamakan berpuasa pada hari isnin..kerana memuliakan sunnah nabi berpuasa pada hari isnin..kerana hari isnin hari nabi dilahirkan juga diutus menjadi nabi..

Tahun ini..bagi aku secara peribadi..berbanding puluhan tahun dahulu,aku semakin mengerti kepentingan hari ini..dan aku cuba bersungguh menghidupkannya sekurang2nya dalan hidupku dan keluargaku.Aku berlindung dengan Allah..dari matinya hatiku ini dari mengingatiNya dan merindui KekasihNya..amin Ya Rabbal 'alamiin..



Dan yang lebih bermakna..dalam Rabi'ul awwal inilah juga aku mendapat jemputan untuk berjumpa Kekasih yang ku rindui..semoga Allah permudahkan segalanya..ameen..

Monday, February 2, 2009

Lelah di usik Payah..


Assalamualaikum..lama rasanya tidak aku berbicara dengan diri ku sendiri di sini..orang sudah mengecap pelbagai bahagia..pelbagai pembaharuan dalam hidup..aku juga tidak menafikan aku masih bahagia..dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya,alhamdulillah.Orang lain juga sudah kekeringan airmata..sebal hati dek susahnya ujian yang mereka terima..aku juga tidak ketinggalan melalui saat sebegitu..

1. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430..kata orang putih..late is better than never..buat semua yang melintas di sini..di doakan moga tahun baru ini bakal menjadi tahun kebaikan buat kita       semua..ameen.Moga ia terpahat sebagai tahun kebaikan buat kita semua..sehingga ia di sebut2,di lihat dan terpapar dalam kamus hidup kita nanti..

2. Yang pasti..buat diriku..1429H berakhir dengan sebuah kesedihan..yang masih bersarang di hati..perginya orang yang di cintai..Ibu Mertuaku..dalam usia yang masih 50-an..Perginya di tangisi..namun kami semua menangisi sefitrahnya..supaya mak di sana tidak bersedih dengan kelaku kami..Dia juga yang banyak mengajar kami redha akan kepayahan..apapun hakikatnya kami juga banyak menangis dalam ketawa di kala orang sekeliling bergembira..itulah cara untuk menghilangkan kesedihan ini sedikit demi sedikit..namun yang pasti..ia tidak hilang semudah yang di jangka..