Wednesday, June 11, 2008

Az Ziarah...


Selepas pelancaran album akhil minggu lepas, aku dan amna singgah ziarah mak mertuaku yang berada di HKL. Dah lama sebenarnya tak dapat ziarah mak dek kerna sibuk dengan kehadiran khadijah.Dulu maklah yang jaga amna dan bunyamin masa mereka lahir jadi sekarang dengan ketiadaan mak mertua, jaga sendiri jugalah..mujur ada mak ku yang juga sebenarnya kurang sihat tapi datang untuk membantu apa yang mampu.
Berbalik kepada ziarah tadi, aku hampir2 tidak kenal dengan mak saat aku sampai ke katilnya..mak tidur masa kami sampai. terlihat wajah kerinduan pada anak2 yang tak selalu dapat ada di sisi. mungkin mak rindu pada isteriku kerna dah lama tak jumpa.mungkin juga mak rindu pada anak bongsunya yang baru saja berpisah kerana masuk ipt..sedangkan mereka jarang betul berpisah sejak 17 tahun sebelum ini..yang pasti mak rindukan bapak di kampung..kesian bapak yang pasti juga rindukan mak..tapi kerna sesuap nasi perlu sesekali menjengah kebun di kampung..

No comments: