Monday, June 30, 2008

Balik kampung...

Setelah sekian lama (hampir 3 bulan x balik), aku balik ke Kampung Gudang Garam dan Kg Jawa,Segamat, Johor...rindu pada kampung toksah kata walau mak ada bersamaku di KL sejak beberapa bulan lepas..sampai termimpi balik kampung.Thats why aku harap sangat xde show minggu lepas,,alhamdulillah,Allah izinkan..

Half day hari jumaat,so sampai di kampung maghrib..(singgah2).walaupun sibuk2 balik kampung, tapi siap bawak PC balik,konon nye nak buat keje kat kampung.."buat juge"!.Pagi sabtu di panjangkan rehatnya (tido).bangun bawak amna,yamin dan atoknya ke bandar beli sedikit barang keperluan..maklumlah,3 bulan tinggal rumah..banyak na kene top up..kesian atok..



Lepas zohor,sempat lagi aku dan amna ke Batu Pahat pergi Walimah Along Safa..Dia ni terkenal di alam siber..khususnya siapa yang biasa forum kat inteam,hijjaz,ukhuwwah.com mahupun nasyeed.com dll. Alhamdulillah sampai jodoh ustaz kita ni..tampak segak dengan keris di tangan..sempat jumpa Cik Hamdan Nissan di situ..tapi lepas bergambar,sempat pengantin mendera aku yg keseorangan menyanyi..takpelah..raja sehari...sekali esoknya Cik Hamdan tadi call..dia kata dia sedara dengan mbah (atok) Mashud-belah zaujahku..secara otomatiknya..bila Cik hamdan ni jadi sedare aku..Along safa pun dah jadi sedolore jugak (sedara jugak) bila dia kawin dengan Isterinya (sepupu cik hamdan)..hehe..cerita salasilah pulak..jangan marah aa.Balik lewat jugak sebab menghala balik sempat 'mampir' (singgah) di pekan Air Hitam..cuci mata..terbeli jugaklah beberapa benda seperti congkak dan rehal..x larat tengok banyak barang kat sana..kalaulah aku ni jenis pensyopping..selamat..

Ahad..dah kene balik KL..kesian mak terpaksa tingal kejap sebab ada appointment dengan Dr..takpe,nanti mak datang balik..mak kene temankan isteriku dek kerana Julai ni banyak travel dari ada kat rumah..Semoga semuanya selamat..amin.So pagi ahad tu kami singgah ke rumah K Jawa-sebelah zaujah,sarapan soto yang dirindui..pastu ke KMJ ziarah adik yang belajar di sana..



Kejap je dapat di sana..makan tengahari sama2..sembang2 sikit..aku x sembang pun:) ,cuma melihat gelagat fresh students di kampus..Remaja sekarang..boleh di lihat dengan senang coupling di sane sini..kalau group tahanlah jugak tapi kalaudah L&P b2 je..boleh ke discuss pelajaran?..biasalah..masing2 nak merasa agaknya...tapi biarlah Agama di depan..Wallahu a'lam..moga adikku selamat dari fitnah dan dapat fokus dalam studynya walaupun pastinya dia selalu teringatkan mak yang terlantar sakit di hospital...Allahu Akbar..


Dari tangkak,selepas lunaskan solat di KMJ kami terys ke KL,hajat nak pegi jugak walimah abang Toha-anak Ustaz Dato' Hassan Azahari..aku sms Toha..boleh lagi ke nak datang walau pukul 3.30 duk atas hiway lagi..dia kat boleh..aku pun selamba..serius,habis je kami makan,orang catering pun kemas meja..hish..tak malulah aku ni..apapun dapat jumpa Dato' Hassan,anaknya Dato Jalaluddin,Dr Raof dan ramai lagi.Tan Sri Musa dah balik (sibuk dengan kes profil tinggi terkini agaknya)..yang paling penting dapatlah hadiahkan pengantin CD Salamun Salam..moga lagu Keluarga Penyayang sama2 dihayati..llepas ni kita tunggu walimah As Syeikh Toha pulak..senyum je kat belakang tu..x lama dah tu.. amin..

Tuesday, June 24, 2008

Kenangan pahit..


Lif? Semua orang naik lif kan rasanya,khasnya yang duduk di bandar..tapi pernahkah kita terperangkap dalam lif?..aku pernah..di lif inilah..
Minggu lepas sewaktu show di KL (Kuala Lipis),kami di sediakan penginapan di sebuah hotel di bandar Lipis.Entah kenapa,sudah 3 kali kami ke sini,tiap kali kami datang,mesti ada masalah dengan bekalan elektrik di kawasan itu..Sejak pagi kami sampai..beberapa kali elektrik terputus..dan salah satu darinya adalah sewaktu aku berada dalam lif seorang diri sebab turun sekejap nak ambik barang.
"Dum!..tiba-tiba lif terhenti..gelap nan pekat manambah kegerunan di dalam hati,namun tiada pengharapan selain pada Allah yang Hanya Tahu keadaaku ketika itu..Line telefon pun takde..Tawakkal pada Allah,mudah2an tidaklah lama..aku menekan-nekan loceng kecemasan supaya pihak hotel tahu ada orang di dalam lif..Alhamdulillah..ia berlangsung sekitar seminit sahaja..tapi biarpun seminit..ia tetap menjadi pengalaman pahit di dalam hidupku..moga ada hikmahnya..

Thursday, June 19, 2008

AQ 3-Khalas..

Tahniah untuk Fakhrul Radzi sebab jadi juara AQ 3.Dapat jugak tengok live setelah 2 tahun miss the chances.Selamat bertilawah juga untuk Hafas Ali di Kedah nanti..

Sunday, June 15, 2008

Inna Lillah..

Jangan marah..tajuk ni mungkin buat org tertanya2..siapa yang pergi...takde siape yg pergi. Hanya ucapan untuk diriku yang terus di uji..sakit gusi dan bengkak tekak pulak..Sesungguhnya semuanya milik Allah..mudah untuk menelan makanan yang lazat dan rangup adalah pinjaman..sekurang2nya bila sakit, automatically banyak sebut nama Allah..Namun pada Allah ku mohon, berikanlah aku kesihatan..sememangnya untuk diriku,tapi sekurang2nya untuk org2 tersayang di sekelilingku yang perlukan aku..amin. Aku pun segan dgn kengkawan sekerja akan prestasi kerjaku yang kureng akhir2 ni..tapi takkan nak cakap sakit je..orang lain pun sakit juga.
Tapi alhamdulillah kengkawan aku cukup baik dan memahami..

Wednesday, June 11, 2008

12 Jun..Selamat Hari Lahir


Happy Birthday...

12 Jun, 3 tahun yang lalu, lahirlah Nur Fathiah Amna yang membawa lembaran baru hidupku sebagai 'walid'..tapi yang paling best, pada tarikh inilah juga lahir insan yang melahirkannya..umminya..Selamat Hari Lahir Suri Hatiku..
Teringat apa doktor cakap bila tau baby girl masa tu sama birthday dgn maknya "You gave yourself a very special gift"


Az Ziarah...


Selepas pelancaran album akhil minggu lepas, aku dan amna singgah ziarah mak mertuaku yang berada di HKL. Dah lama sebenarnya tak dapat ziarah mak dek kerna sibuk dengan kehadiran khadijah.Dulu maklah yang jaga amna dan bunyamin masa mereka lahir jadi sekarang dengan ketiadaan mak mertua, jaga sendiri jugalah..mujur ada mak ku yang juga sebenarnya kurang sihat tapi datang untuk membantu apa yang mampu.
Berbalik kepada ziarah tadi, aku hampir2 tidak kenal dengan mak saat aku sampai ke katilnya..mak tidur masa kami sampai. terlihat wajah kerinduan pada anak2 yang tak selalu dapat ada di sisi. mungkin mak rindu pada isteriku kerna dah lama tak jumpa.mungkin juga mak rindu pada anak bongsunya yang baru saja berpisah kerana masuk ipt..sedangkan mereka jarang betul berpisah sejak 17 tahun sebelum ini..yang pasti mak rindukan bapak di kampung..kesian bapak yang pasti juga rindukan mak..tapi kerna sesuap nasi perlu sesekali menjengah kebun di kampung..

Friday, June 6, 2008

Aku yang kurang sihat masih..


Boleh pegi show...

Show org kawin kat Pendang..kawan sebenaqnya.nampak je macam sihat tapi terbatuk-batuk sepanjang perjalanan dan sepanjang show. Cantik kan bendang kat belakang tu? Fairus ni anatara orang yang paling seronok...

Boleh recording...


Minggu lepas dah masuk studio..start dgn lagu min.Aku yang kurang sihat pun nyanyi tapi memang x sedap.Kesian diorang..asyik je x sihat mamat sorang nih..apapun mudah2n recording album ani akan dipermudahkan dan berjaya..amin