Monday, May 26, 2008

Macam mana kalau kita rindukan Kekasih?


Mesti hari-hari kita nak dekat dengan dia, cakap dengan dia, tanya khabar dia dan sebagainya. Bila dia takde mesti kita rasa bimbang dan risau apalah dia tengah buat...selamat ke tak dia dan lain-lain..betul tak? Dan kalau kita rapat betul dengan kekasih kita mestilah dia selalu jadi tempat kita mengadu senang susah kita..

Tapi adakah ALLAH dan RASULULLAH tersenarai dalam Kekasih kita?

Aku sendiri tak selalu melakukan apa yang ku tulis tadi..syukurlah ALLAH beri sakit kekadang tu..untuk mengingatkan aku kembali padaNYA..Jauhlah aku berbanding RASULULLAH..yang amat cinta dan kasih pada TUHANNYA..dan RASULULLAH lah yang paling berjaya beri contoh betapa dalamnya kasih baginda pada ALLAH..

No comments: