Sunday, March 29, 2009

Hari Bahagia..


25 Mac merupakan tarikh kelahiran sahabatku Mohd Syahril Abd Khalid. Tahniah atas bertambahnya umur yang bermanfaat dan di doakan agar terus dipanjangkan umur dan di murahkan rezeqi yang barakah.ameen..Sambutan ala kadar di pejabat tetap di laksanakan setiap tibanya tarikh kelahiran staff2 terlibat.Tapi untuk boss pun sambutannya wasathiyyah sahaja..zuhud macam tuannya..
 
Selamat Hari Lahir juga untuk Safarizal (berbaju Hitam)..

Thursday, March 19, 2009

MAKNA RINDU..

Hari ini aku sayu sangat..entah kenapa..rindu pada siapa agaknya..atau siapa yang merinduiku agaknya..hinggakan semua serba tak kena hari ini..tapi inilah kehidupan..ada pasang surutnya..

Pertamanya tentulah aku rindukan diriku yang dahulu..yang suci bersih.Tentunya waktu itu waktu kecilku..dosaku masih sedikit..hingga hatiku begitu mudah tersentuh pada perubahan pada duniaku.Setelah saban waktu berlalu..mungkin sahaja dosa2ku membuatkanku aku terhijab pada banyak perkara kebaikan..Ya Allah..ampuni dosaku..Semoga aku berjumpa diriku yang suci itu kembali..

Seterusnya semalam..aku mimpikan Almarhum ayah..aku datang pada ayah seperti aku di waktu kecil..aku bermain dan bermanja dengan ayah..hinggakan aku berbaring di pangkuan ayah..sedang hakikatnya semasa hayat ayah..aku jarang baring di pangku ayah..bukan kerna tak manja..tapi kerana hormat dan sedikit gerun pada ayah yang tegas..tapi mak kata..dulu..masa aku tidur..ayah akan datang mengusap dan membelaiku sambil mulutnya membaca seusatu.itulah doa seorang ayah..ahh..rindunya pada ayah..dan mungkin sahaja ayah juga rindukan aku..rindukan kiriman-kiriman doa dan ayatul quran dariku..lantas ku hadiahkan ayah beberapa surah dan doa dariku yang tak seberapa..



Gambar di atas menterjemah seribu kenangan..yang pastinya aku lebih mengerti..lama rasanya sudah tidak aku bercerita tentang ayah..buka kerna lupa..tapi kerna tak mahu tersalah rasa..rasa sedih yang aku rasai..hampir 10 tahun sebelum aku punya teman untuk berkongsi..akulah anak..yang rindukan ayah..terasa diriku masih kosong ketika aku ayah tinggalkan..masih mentah untuk menterjemah isi dunia, apatahlagi untuk berhadapan dengannya.Bisakah ayah kembali?..pasti tidak..selayaknya ayah disana..kerana aku mendoakan ayah bahagia di alam nya..bersama kekasih-kekasih Allah..amin..

Rupaku..dan anakku Fathiah dan Khadijah sama..namun aku khuatir tidak sama dalam mendidik mereka seperti mana didikan 'atok ayah'..Ya Allah,sekali lagi aku hiba..alangkah bahagianya jika anak2ku jua isteriku sempat berjumpa dengan ayah..sukar untuk ku angankan keadaan itu..tapi mudah2an Allah memberikan izinNya untuk kami berkumpul semula di dalam SyurgaNya nanti..kerana tiada yang mustahil di sisi Allah..namun mahar sebuah syurga tidak semurah sebuah angan-angan..jalan yang getir harus di tempuh..apapun,untuk bersama dengan orang-orang yang kita kasihi..untuk bersama Nabi S.A.W..dan untuk memperoleh 'pandangan kasih sayang Allah'..siapapun tiada pilihan lain selain dari mengharungi jalan nan getir tadi..demi sebuah RINDU..

Tuesday, March 17, 2009

Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Alhamdulillah..aku terus dipanjangkan umur untuk menyambut tarikh dan hari kebesaran..lahirnya insan yang paling dekat di sisi Allah..iaitu Muhammad S.A.W..aku bersyukur kerana berbanding tahun2 yang lepas,aku kian mengerti dan kian menyedari akan perlunya sambutan ini di rayakan..berbanding aku yang dahulu..

Dulu..sewaktu masih kecil..Arwah ayah membawa ku ke masjid jame' segamat setiap hadirnya 12 rabi'ul awwal.Acaranya senada sahaja..ade bacaan selawat dan marhaban..berzanji..bacaan Al Quran..kemuncaknya ceramah oleh tokoh2 agama setempat..alhamdulillah dan syukur,terima kasih ayah kerana itu menjadi asas dan benih cintaku pada Nabi S.A.W..



Selesai ceramah..hadirin akan makan bersama dalam talam..selalunya aku menyelit dengan ayah je..menjamah makanan..itulah rutinnya sehingga aku dewasa..sambutan hari kebesaran ini tidak banyak berubah..tapi manusianya yang banyak berubah..

Kini ramai yang mempersoalkan apa keperluan Maulidur Rasul ini di sambut..cukup menyedihkan..umat Muhammad S.A.W itukah yang bercakap?..ya..bahkan para ilmuan dan 'arifin pulak..hebat rupanya kita dari orang2 dahulu..nak menyalahkan orang yang dahulu yang menyambutnya..aku tak nak berbahas tentang hukum dalam isu ini..banyak dah rasanya laman web atau sumber rujukan yang boleh dijadikan sandaran buat mereka yang terpinga2 tentang isu ini..tapi aku lebih terkesan dengan perangai2 umat baginda yang inginkan syafaat baginda tetapi nak sambut hari kelahiran nabi pun banyak songel..

Hari ini kita sambut birthday kita..kurang2 pun kita buat jamuan ringkas walaupun kita sorang2 diri..apatah lagi bagi mereka yang melazimi majlis2 hari lahir@hari jadi yang besar2..alih2 untuk menyambut kelahiran Nabi S.A.W..kita ingkar..banyak hadith yang menunjukkan keutamaan Rasulullah S.A.W berbanding diri kita sendiri..apakah dengan menyambut dan membesarkan hari kelahiran baginda yang bertujuan mencukuri nikmat Allah tidak tergolong dalam keutamaan tersebut?..

Sebab itu bagi aku..antara asbab berlakunya semua ini adalah sebab wafatnya Rasulullah di hati2 umat akhir zaman..benar Rasulullah sudah wafat..ia peristiwa yang amat menyedihkan tapi lebih menyedihkan apabila di hati umat2 baginda sudah tidak hidup lagi Muhammad S.A.W.Lihatlah sirah untuk membandingkan diri kita dengan sahabat2 baginda..dalam isu ini..sesungguhnya Rasulullah tidak pernah wafat di hati mereka..mereka sentiasa ingat pada baginda..hinggakan ada sahabat yang gagal menahan perasaan rindu pada baginda di saat menziarahi maqam Rasullullah S.A.W..

Bagi kita yang fizikalnya terlalu jauh dengan zaman baginda..yang jauh untuk menatap wajah suci baginda yang hanya dengan melihatnya kita akan beroleh ketenangan..kita amat perlu kepada semangat Maulidur Rasul..di mana hari orang ramai menyambut dan memperkatakan tentang Syama'il (kesempurnaan Nabi S.A.W)..orang memperbanyakkan selawat pada Nabi S.A.W..dan orang menangis kerana rindukan Nabi..akan tetapi semangat ini perlu hidup sepanjang tahun..seperti mana ulama'2 besar kita yang sangat mengutamakan berpuasa pada hari isnin..kerana memuliakan sunnah nabi berpuasa pada hari isnin..kerana hari isnin hari nabi dilahirkan juga diutus menjadi nabi..

Tahun ini..bagi aku secara peribadi..berbanding puluhan tahun dahulu,aku semakin mengerti kepentingan hari ini..dan aku cuba bersungguh menghidupkannya sekurang2nya dalan hidupku dan keluargaku.Aku berlindung dengan Allah..dari matinya hatiku ini dari mengingatiNya dan merindui KekasihNya..amin Ya Rabbal 'alamiin..



Dan yang lebih bermakna..dalam Rabi'ul awwal inilah juga aku mendapat jemputan untuk berjumpa Kekasih yang ku rindui..semoga Allah permudahkan segalanya..ameen..

Monday, February 2, 2009

Lelah di usik Payah..


Assalamualaikum..lama rasanya tidak aku berbicara dengan diri ku sendiri di sini..orang sudah mengecap pelbagai bahagia..pelbagai pembaharuan dalam hidup..aku juga tidak menafikan aku masih bahagia..dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya,alhamdulillah.Orang lain juga sudah kekeringan airmata..sebal hati dek susahnya ujian yang mereka terima..aku juga tidak ketinggalan melalui saat sebegitu..

1. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430..kata orang putih..late is better than never..buat semua yang melintas di sini..di doakan moga tahun baru ini bakal menjadi tahun kebaikan buat kita       semua..ameen.Moga ia terpahat sebagai tahun kebaikan buat kita semua..sehingga ia di sebut2,di lihat dan terpapar dalam kamus hidup kita nanti..

2. Yang pasti..buat diriku..1429H berakhir dengan sebuah kesedihan..yang masih bersarang di hati..perginya orang yang di cintai..Ibu Mertuaku..dalam usia yang masih 50-an..Perginya di tangisi..namun kami semua menangisi sefitrahnya..supaya mak di sana tidak bersedih dengan kelaku kami..Dia juga yang banyak mengajar kami redha akan kepayahan..apapun hakikatnya kami juga banyak menangis dalam ketawa di kala orang sekeliling bergembira..itulah cara untuk menghilangkan kesedihan ini sedikit demi sedikit..namun yang pasti..ia tidak hilang semudah yang di jangka..


Wednesday, December 10, 2008

Eidul Adha..1429H

Eidul adha tahun ini punya rempahnya tersendiri buat hidupku..3 hari sebelum hari kemenangan ini aku menerima satu kejutan di atas pemergian mak ngahku (kakak mak)ku..meninggal dalam umur 80-an setelah agak lama terlantar di rumah..sakit tua plus sakit2 seperti darah tinggi dan sebagainya..namun alhamdulillah dari cerita orang yang ada di sampingnya..kalimah syahadah dapat di ucapkan sebanyak 3x..alhamdulillah..mudah2n makngah tergolong di kalangan ahlul jannah..amin..dan pastinya mak bertambah sedih..sian mak..moga Allah memberimu kekuatan...

Aku bercuti awal..rasanya sudah berapa kematian saudara terdekat aku takde dek kerja..jadi sedikit kelapangan aku manfaatkan menziarahi Allahyarhamah..ku hadiahkan bacaan Yasin dan Tahlil kepada ruhnya..

Jadi..atas adanya kematian makngah..eidul adha kami sangat suram..kebetulan mak mertuaku pula berada di terengganu..tinggal bapak mertua sahaja di kg jawa..kami berulang alik dari rumahku ke rumah zaujahku untuk cuba memeriahkan suasana..ramai x balik raya ni..mungkin ade yang bekerja cuti2..tapi sebolehnya yg tak bekerja tu cubalah balik..janganlah biar ornag tuamu ternanti2 kepulangan kalian..biarpun seketika..ia sungguh bermakna bagi mereka..sebuah nasihat untuk diriku juga..

Di kampung aku sempat melakukan beberapa perkara yg telah lama x dapat aku lakukan..makan soto dan rojak kegemaranku di segamat..sempat juga aku bawak anak2ku round keliling kampung naik motor..rutin semasa ku berumur 13-15 tahun dulu..baru belajar motor..hehe..amna dan yamin mula2 takut..tapi bila dah kena tiup angin muka masing2 saat motor laju..seronok bukan main..senyum sampai ke malam..anak2..

Dah lama juga aku x makan baung..kalau orang segamat especially gemereh x pandai makan baung x taula..rasanya ala-ala patin (menurut kata hazamin)..adik beradikku kalau berkumpul inilah lauk wajibnya..abang lang lah yang selalu tunggu toke ikan naik dari sungai..sebab biasanya kena tempah dulu..punyelah high demand ikan ni..hihi..alhamdulillah..dapatlah merasa ikan baung masak lemak cili api..

Malam Eid aku ke rumah Kak Long untuk takbir dan tahlil..merasala jadi tekong takbir..pagi semasa solat sunat jugak merasa..alhamdulillah..sekurang2nya aku cuba membaca mengikut bacaan yg paling tepat dgn ilmu ku yg sedikit..utk org2 lain cuba ikut..yelah sian jugak..ade yg bertakbir sambil tercungap2..nak ingat 'lyric' lagi..gabra lagi..hihi..yg penting..mudah2n semuanya diterima Allah..sebelum zohor kami dah bertolak dari Segamat pulang ke Kuala Lumpur..kena balik awai..lusa opis wat open opis..nak tlg ape yg mampu..

Friday, December 5, 2008

Selamat Menjadi tetamu Allah


Antara jutaan ummat yang berangkat ke Haramain adalah 2 pasangan adik beradikku; Abg Uda&Kak Uda dan Kak Ucu dan Abg Ucu..dalam adik beradik tinggal aku dan Abg Lang yang belum bergelar haji lagi..insyaAllah..doakanlah yek..

Bangunan Tabung haji di atas pastinya meninggalkan kenangan buat bakal haji dan juga mereka yg telah pulang dangan haji yg mabrur..hari itu..di saat orang ramai yang lain banjir air mata dengan perpisahan dengan keluarga mereka yang ke sana..Abg Uda kelihatan tenang menyalami anak cucunya..mudah2n dia terus tenang mengerjakan haji yang telah lama dia tunggu..akhirnya panggilan itu tiba..alhamdulillah..

Tiada buah tangan atau kenang kenangan yang ku kirim buat kedua kekandaku melainkan doa kudus dan juga salam rindu buat insan agung yang sentiasa pertama terpapar di blog ku ini...moga saja salamku terjawab agar dapat cepat ku hulur sendiri salam itu buat baginda al amin..amin..

Tuesday, November 25, 2008

Dari Geylang ke Putrajaya..


Alhamdulillah..last weekend we went to Singapore again..and hopefully this isnt the last time here for 2008..hehe. This time, inteam was invited to perform in a dinner show of Madrasah Wak Tanjung..somewhere in Geylang..the same Madrasah that we came about 4 month ago..

Depart from KL a little bit late..(2 a.m)..we proceed to Melaka to pick up Syahril who waited in Alor Gajah's exit. He was there bcoz her 'humaira' was 'local citizensip' of Ramuan Cina Besar..not far away from the exit. We proceed to Singapore but stop for Subuh at JB..and then having 'sarapan' at JB's too.

After passing thru a routine security and imigration check at Woodlands,we proceeded to Yishun.. where our accomodation takes place..(Abg Zack's house). During this visit..the extraordinary things which not yet happen in any past visit was a bowling tournament..hehe

We was told earlier about the tournament..but no one was actually responded..where everyone feel shy and having a low self-esteem syndrome (just a joke)..but it wasnt a joke when we arrived there..where the looks of other competitors was threatening..they came like a champions with their respective enhanced bowling equipment..unlike us..

The one with the specs was awarded as the Best Bowlers..trust me even its hard to believe it..hihi

Above pic was taken before the game started..anyone can traced those uncalmness in me? hehe..dont get cheated with the smiles huh..i was the most 'gelebah' person before the game started..but u got to belive me..we won 2nd place..where we were the leading group at the first game..but as soon as the second game started..the tension of being a leading group surrounded us..that makes us not performing..but..huh..alhamdulillah..with no physical practice and internal calmness..we still can make it..thanks abg zack for those sweet and unforgetable memories..we look forward for another more challenging one..hehe xdelah..gurau je..

From the bowling centre..we rush back to Yishun and prepare for the show..everyone started feel the pain and tired..but the job must get done..involving several MP's of Singapore..we decided to get to the venue earlier..

After 7 songs..and having a dinner with a halal chinese cuisine..we proceed to Palmer Road for our beloved Habib Nuh tomb..we felt sad because the gate was closed as early as 9pm but we only there  2 hours after that..its too late..but late is better than never. May the recitation dedicated to al Habib and Doa to Allah with the barakah of this pious man will being accepted.amin..ana musytaq ilaik Ya habib..

From Singapore..Putrajaya is my next destination..but i went back first for some rest and pick my family along there..It was the special day of Siti Sakinah (my nephew) and his husband Aidil...the majlis takes place at the Presint Diplomatik, Putrajaya where i was told that this places locates all the high commissioners and ambassadors at one city...it was a beautiful place..too.

After having a lauk kenduri..i was asked to lead the doa for the bride..huh..me again..and this is where 3g phone was fully utilized in which i can just copy all the doa's into the piece of paper and read it like i'm the one who wrote it..hehe..but the..the most important thing is the ameen of the guest on that day for the bride..and that's why guest are there..to make a pray for the bride..

The pic of Ct Sakinah&Aidil with her father,moms and siblings..Selamat Pengantin Baru..

Thursday, November 20, 2008

Selamat..selamat..selamat..2..

Haritu birthday..ni selamat lain lak..antaranya,

1) Selamat Pengantin baru..Fairuz & Hayati (Fairuz adalah PR Inteam)

Semoga keduanya di kekalkan jodoh hingga ke syurga..di berkati dan hidup berumahtangga dengan mawaddah dan rahmah..amin


Jauh jugak kami sekeluarga khususnya isteriku dan anak2 yg jarang berjalan merantau..hingga ke Grik untuk walimah Fairus & Hayati ni..on the way balik kami singgah di Sg Petani..bumi yang penuh kenangan khususnya buat isteriku..saje je aku gagahkan keringatku ke sana dengan meminjam Waja sahabatku Us Min..selesa la sikit bejalan..hehe..hampir 10 tahun isteriku tidak menjejakkan kaki ke sini..apa yang istimewanya? apa yang berlaku di sini? yang dapat aku kongsikan di sini..di sinilah kejauhan dari keluarga membuatkan isteriku jadi seorang yang tabah..belajar berdikit-dikit dalam hidup..belajar berkorban untuk orang tua walau belum selayaknya berkorban..banyak lagi..untuk isteriku..moga kesabaranmu terbalas di syurga..amin..

Bunyamin bergambar di Petronas Sg Petani..kira duta x rasmi la..

2) Selamat menjalani rawatan..

Untuk isteriku yang tercinta..melalui kaedah chiropractic untuk penyakit yang di alaminya..setelah bertahun menanggung kesakitan..walaupun tersenyum di hadapan ramai..juga setelah beberapa rawatn di cuba..hingga akhirnya jalan yang biasa adalah melalui surgery..cost? 18k..mahal kan..tapi itulah harga sebuah kesihatan..yang kalau kita yang sihat x jaga akan tahu nasibnya kelak..

Namun aku dengan Hidayah terjumpa satu rawatan (chiropractic) yang dapat mengubat penyakit berkaitan bones&joints ni..n after some research..i decided to bring my wife to 1 chiropractic centre located at Bkt Damasara..The Doc was from Cansas..and 11 years experienced consulting this types of pain..


MRI...contoh je..

The first day..Doc recommended us to have an MRI..in which thru this advanced imaging machine..the problem of the bones and joints could be traced in details..one by one..Alhamdulillah..the next day, together with MRI..Doc told us what is actually happened for the past 5 years..(perhaps more..). Luckily the tears in the slip disc of L4 and L5 hasn't yet pushing the spinal code..if it was..paralyzed will usually be the outcomes...na'uzubillah..

20 treatments at least..my wife feel the changes at the very first treatment..but the pain still come and go..mudah2n Allah sembuhkan sakit isteriku ini..amin..tolong doakan sama..syukran..

Thursday, November 13, 2008

Terjemahan Bismillah Ruqyah


Buat mereka yang telah mendapatkan album ayat-ayat ruqiyyah Ustaz Taha Hassan Azhari dan tertanya-tanyakan maksud Bismillah Ruqiyyah..inilah dia


Terjemahan Bismillah Ruqyah

بسم الله الرحمن الرحيم

(Dengan nama Allah aku memohon penyembuhan)

1. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala penyakit yang menyakitiku;

2. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala ujian yang menyakitiku;

3. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala kejahatan dan kesusahan yang menyusahkanku;

4. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari segala sihir atau sihir pandangan niat jahat atau sihir pandangan hasad dengki;

5. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan segala sihir atau sihir orang yang menyihir atau orang yang mengamalkan sihir;

6. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan segala sihir atau pembohongan orang yang berbohong atau penipuan orang yang menipu;

7. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

8. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari sihir kejahatan pandangan niat jahat;

9. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan orang yang berdengki apabila ia melakukan dengkinya;

10. Dengan nama Allah sembuhkan aku dari kejahatan orang yang bersihir apabila ia melakukan sihirnya;

11. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan pengamal sihir apabila ia mengamalkan sihirnya;

12. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dari kejahatan orang yang pembohong apabila ia mengamalkan pembohongan sihirnya;

13. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang memeliharaku serta hanya kepada Allah jua cukup bagiku;

14. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menyembuhkanku serta Allah jua yang memaafkanku;

15. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menyelamatkanku serta Allah jua yang menguatkanku;

16. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menolongku serta Allah jua yang melindungiku;

17. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang membaikkan diriku serta Allah jua yang memberi rezeki kepadaku;

18. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang membantuku serta Allah jua yang membaikkan diriku;

19. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menolongku serta Allah jua yang melindungiku;

20. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang menjagaku serta Allah jua yang membentengiku;

21. Dengan nama Allah, sembuhkan aku dan Allah yang memeliharaku, mengawalku serta Allah jua yang menjagaku.

** Doa ini diterjemahkan ke dalam bahasa melayu kerana permintaannya terlalu ramai. Dan ianya dipetik dari kitab Dalil al-Mua’lijin Bi al-Quran al-Karim, karangan oleh Riyadh Muhammad Samahah, cetakan oleh Maktabah Taufiqiah, Mesir.

Di dalam cd bacaan ayat-ayat Ruqyah saya, doa ini tidak diterjemahkan atas sebab-sebab yang tertentu. Maka, bagi mereka yang memerlukan terjemahan ini bolehlah ditulis atau difotostat serta disalin semula untuk tujuan pemahaman dalam amalan harian.

Sila sebarkan kepada semua yang berhajat khusus kepada mereka yang membeli cd tersebut. InsyaAllah, segala usaha kita akan diberkati dan diberi ganjaran yang setimpal. ~ Amin ~

Wassalamu A’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Diterjemahkan oleh,

Mohammad Taha bin Haji Hassan,

Fakulti Hadith,

Universiti Al-Azhar Al-Syarif,

Republik Arab Mesir.

Saturday, November 8, 2008

Selamat..selamat..selamat..

Tak sempat memanjang nak bernukilan dalam blog ni..so walaupun sesuatu tiu kelihatan dah outdated..tapi tidak bagi aku..

1)Selamat Hari Lahir Syeikh Hazamin al-Inteami (7 Eleven)


Semoga terus panjang umur dalam keberkatan, di kabulkan segala hajat dan terus jadi rijalun soleh..contoh buat semua..amin..(kek tu sedap wo..)

2) Selamat Hari Lahir Abg Radzi Sulaiman (Ito Lara)



Semoga di panjangkan umur dalam dalam keberkatan..terus dapat menghasilkan lirik2 yang bisa mengetuk hati2 yang keras sepertiku agar selalu ingat Allah dan RasulNya..amin.