Sunday, May 24, 2009

My Umrah Part 1 (Kota Thayyibah-Madinatul Munawwarah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..ku mulakan kisah perjalananku dengan kisah Madinah..negeri Kekasih Allah..Muhammad S.A.W..

Sebelum Hijrah..di kenali dengan Yathrib..dahulunya tempat yang tidak terkenal..tidak diberkati..berpenyakit..malah di sifatkan kalau seekor burung lalu di udara Yathrib..akan menemui sakit dan kematian..Ibu dan Bapa Nabi S.A.W juga sakit dan wafat dalam perjalanan pulang setelah menziarahi Yathrib..namun Allah mengkabulkan doa Kekasihnya.."Ya Allah..jadikanlah Madinah keberkatannya dua kali ganda berkahnya Makkah"..lantas siapa sahaja yang pernah ke sana akan merasai barakahnya tanah haram ini..udaranya adalah ubat,debunya adalah ubat,tanah dan kandungannya (tanamannya) adalah ubat..begitulah kemuliaan bumi yang 'memeluk' jasad yang paling mulia di alam semesta ini..itulah Madinah al Munawwarah..

Perjalanan bermula dari rumah.selesai melakukan sunat musafir..berwasiat dan bersalaman dengan isteri dan anak tercinta yang tidak ikut menghantar ke airport,langkah kanan di mulakan.anak2ku meronta di sebalik pagar sedar mereka akan di tinggalkan..tinggal ya sayang..Allah lah sebaik2 penjaga kalian..tuturku di dalam hati..mereka masih kecil untuk memahami erti perpisahan..biarpun jadualnya hanya sementara..namun siapa tahu kalau ia untuk selamanya..kasihan anak2ku..memang mereka kecil untuk mengerti..namun pemergian seorang ayah tetap terasa..sejak pagi sampai ke malam semuanya dedar..demam..melepek berbaring lesu..tiada mood untuk bermain..

Itu semua ujian untuk menjadi tetamu istimewa bukan?..di airport di hantar oleh ibuku,adik beradik ipar dan kawan2..terima kasih semua.pesawat kami akan memulakan perjalanan ke doha,Qatar,transit di sana  6 jam sebelum bertolak ke babul haramain-Jeddah.jika di hitung perjalanan dari aku keluar rumah hingga aku menjejakkan kaki ke tanah haram pertama..madinah..adalah seharian.penat?takkanlah tak..melihat katil dan bilik yang agak mewah di madinah..harus sahaja aku lempiaskan nafsu tidur sepuas2nya.ahh..tidur dulu kasi hilang ngantuk..esok baru boleh pulun..namun tidak.seperti nasihat Us Sharif Mutawif kami,solat maghrib sahaja semasa berhenti dalam perjalanan ke madinah kerna boleh isya’ di masjid nabi.namun sesampainya di sana,setelah sedikit menunggu untuk giliran bilik dan barang bagasi,ramai yang kelihatan nak solat di bilik saja..

Beberapa detik sebelum itu..di saat di kejut oleh pengunguman mutawif akan hampirnya kami ke bumi suci madinah..aku yang tadinya nyenyak tidur dalam asyik mendengar selawat yang ku compile untuk Rasulullah yang bakal ku temui..terjaga..ha? dah dekat ke?terang benderang mata jadiknya..doa masuk tanah haram di baca..lalu ku amati manakah masjid nabawi..sambil mendengar mutawif bercerita tentang fadhail bumi madinah..tiba2 aku terlihat bangunan masjid bercahaya dari jauh sebelah kananku..sejak dari itu..aku tak mahu menolah ke arah lain..terlihat sahaja kubah hijau..ku hulurkan salam buat baginda..dadaku terasa sesak..sebak kerana aku di izin jua untuk menjadi tetamu baginda S.A.W..alhamdulillah..

307,Hotel Fayrooz Al Shattar,itulah lokasi ku beradu di madinah.kamar berkatil 4,aku pilih katil yang satu ini kerana ia katil di hujung kaki orang..takkan nak bagi ayah mertua dan pakcik yang baru dikenali..rupa-rupanya disebelahnya terdapat sebuah tingkap..dan pandangannya terus tepat ke masjid Nabi..Kubah hijau yang ku rindui itu turut kelihatan dari bilikku..alhamdulillah..di sinilah tempatku..getus hatiku.selesai meletak2 barang..aku mengajak ahli bilik untuk ke Masjid Nabi..bersolat Isya’.Semua mahu turut serta kecuali seorang yang masih berhadapan masalah bagasinya..jadi kami menelusuri hotel dan terus masuk ke pagar halaman masjid nabi..menurut seorang sahabat yang kebetulan ke masjid tika itu..”kita kene pusing jauh sikit ni sebab malam di bukak satu pintu je”..kami menuruti sahabat itu..biarpun penat terasa di tambah letih perjalanan dari Malaysia tidak hilang lagi..tapi demi sebuah rindu..kami seret juga kaki yang hina ini ke Masjid Nabi..menghampiri Masjid Nabi..aku bagai hilang kawalan..terasa ingin ku berlari mendapatkan Raudhah..melalui pintu itu..langkahku semakin pantas sambil mengajak rombonganku memantaskan langkah..bapa mertuaku turut bersemangat..hilang penat dia rasanya..aroma semerbak raudhah mulai meneroka hidung-hidung kami..sambil beg kasut di tangan..aku mencari2 tempat untuk meletak kasut..Raudhah sudah di hadapan mata..

Subhanallah..tika itu..tidak ramai di raudhah..rezqi..bisik hatiku..terus aku mencari ruang di carpet hijau yang menandakan kawasan raudhah.Solat tahiyyatul masjid..lantas solat isya’…melihat Mihrab Nabi yang mulia..aku terasa ingin menghampirinya..lalu kudrat dari Allah yang membawa aku ke sana.beratur..menunggu giliran ke untuk bersolat di mimbar..setelah menunggu aku dipersilakan oleh seorang remaja..kira2..dari Turki..terima kasih..dari hatiku..lalu aku ku tunaikan solat di situ..dalam sujudku terakhir..kerinduanku pada Allah dan Rasul ku lempiaskan dengan tangisan dari mata yang hina ini..aku sungguh bersyukur..betapa Allah beri kemudahan untuk sampai ke Raudhah ini dengan tanpa bersesak..alhamdulillah alfa marrah (seribu kali).selesai solat,peluang untuk orang lain pula,toleransi..itulah antara kuncinya..kalau nak sorang2 je..kalaupun dapat..belum tentu di terima..Allah kan Maha Adil.

Selesai solat..rindu dan salam perlu ku hulur di hadapan junjungan S.A.W..perlahan2 ku menyusuri ke tempat yang ku agak2 Maqam Rasulullah..disisi Raudhah.maklumlah.kali pertama..lalu dari Mimbar yang mulia aku ke hadapan dan ke kiri mengikut ramai manusia yang bergerak perlahan.Ya..dari kejauhan aku melihatnya..perlahan2 aku lontarkan..Assalamualaika Ya Rasulullah..Ya Habiballah..Ya Habibi..Ya Mustofa..Ya Murtadha..Ya Khairal Anam..pelbagai lafaz yang terlintas ku ucapkan..sukar untuk kugambarkan rasa ketika itu..sesekali tunduk tanda hormat pada baginda sambil melalui hadapan Maqam..kalau kita dihadapan raja..kita di ajar tunduk menghormatinya..jadi siapalah raja-raja itu berbanding Nabi S.A.W..itulah antara adab menziarahi Nabi..selesai salam buat Sayyidina Abu Bakr As Siddiq dan Sayyidina Umar..aku u-turn..ke bahagian belakang dari laluan utama.berhenti sejenak di hadapan maqam baginda S.A.W..mengucapkan lagi selawat dan salam pada baginda..namun tak kan pernah boleh berlama-lama di situ..kerna ada yang dengki dengan kerinduan ummat pada NabiNya..wallahu a’lam..perasaanku ketika itu?..Allah wa Rasuluhu a’lam..

Aku kembali ke raudhah..masih ku rasakan kelegaan di raudhah tika itu.Aku dekati bapa mertuaku dan sahabatku untuk masuk dalam raudhah..sedikit tips untuk mereka..tanpa berlengah mereka masuk dalam taman syurga itu..dan beribadah di dalamnya..alhamdulillah.kami balik ke bilik sekitar jam 2.30 pagi..dan orang ramai sudah mula membanjiri masjid nabi..sedang subuh masuk sekitar jam 4.20 pagi..Pulang untuk merehatkan badan sebentar dan kembali untuk subuh sebentar nanti..indahnya beribadah di sisi Nabi.. :)

Hari pertama di Madinah ziarah dalam sahaja.Kami di bawa ke raudhah dan Maqam sepertimana yang kami lakukan sendiri malam tadi.Alhamdulillah..dapat lagi aku solat di raudhah pagi itu..di mihrab yang mulia..menziarahi maqam Rasulullah dan menziarahi Baqi’..lantas..untuk diriku sendiri..aku cuba menjadikan satu kemestian bagi diriku..untuk..menziarahi Rasulullah..setiap kali ke masjid Nabi..mungkin tidak pada semua waktu..tapi kebanyakkan daripadanya Alhamdulillah aku cuba..pernah..aku mendapat ‘teguran’ bilamana aku bercadang2 untuk tidak melalui Maqam al Habib al Mustofa pada satu zohor..lalu peristiwa  itu akhirnya membuatkanku akhirnya melintasi dengan rendah diri di hadapan Nabi..S.A.W..dan masalah itu beroleh penyelesaiannya..Allahumma solli ‘ala Muhammad..mungkin bagi org lain..ia tiada kaitan..tapi aku merasainya..

Hari kedua..ziarah luar..kami di bawa menziarahi Masjid Quba ’..masjid pertama di bina Nabi sebelum sampai betul2 di kota Madinah..di mana ia masjid yang sering di kunjungi baginda S.A.W semasa hayatnya..jadi menjadi sunnah bagi kita ummatnya untuk mengunjungi juga.Fadhilat bagi mereka yang menziarahi Masjid Quba’ dengan berwudhu’ di rumah dan seterusnya solat dua rakaat di dalamnya..beroleh pahala Umrah oleh Allah.MasyaAllah...seterusnya kami ke Ladang Kurma Musleh al Auf..dari keturunan sahabat Nabi yang kaya raya Abdurrahman al Auf..ternyata kekayaannya hingga ke hari ini..penziarah boleh makan percuma sedaya mampu mereka..tapi kenala bawak beli untuk bawak balik..lagipun..maksud hadith..Nabi gembira akan ummatnya yang mema’murkan negeri baginda melalui jual beli…

Kami seterusnya ke Jabal Uhud,sebuah gunung yang nanti pada hari kiamat akan di pindahkan ke Syurga..di sinilah kawasan terjadinya peperangan Uhud..di sinilah terkorbannya Sayyidina Hamzah R.A..bapa saudara nabi..peristiwanya ada kami (inteam)nyanyikan dalam lagu Hamzah Asadullah.Namun..apa yang terjadi pada waktu itu lebih dahsyat untuk di gambarkan..berlaku pada musim panas seperti yang kami rasai tika itu.Kalau kita..mungkin dengan panasnya sahaja kita boleh tewas..namun..Uhud…walaupun kita tewas..namun di sanalah gugurnya syuhada’ yang mulia..yang di maqamkan di kawasan berhampiran..salam di hulur buat para syuhada’..aku menaiki sendiri jabal pemanah dan melihat kawasan uhud dari atas itu..sedih..mengenangkan Nabi..cedera sebegitu teruk..sehingga pecah gigi tengah junjungan yang mulia..kerana mempertahankan dan memperjuangkan agama..untuk kita.Sahabat..ada yang mempertahankan panji2 Islam..walau hanya dengan tubuhnya sahaja setelah tangan dan kaki di potong oleh kafir durjana..sesungguhnya tiada yang lebih layak untuk kalian melainkan syurga..

Ada sesuatu yang ingin ku lontarkan..pendapatku sendiri..berada di sana..bagiku tidak tepat jika kita mengatakan para sahabat yang mulia tamakkan harta ghanimah sehingga Khalid al Walid yang ketika itu mempimpin tentera kuffar mengambil peluang untuk menyerang balas,hingga terkorban 70 syuhada’ uhud.seperti kata mutawif..sahabat nabi yang mulia ini hanyalah turun membantu sahabat2 mereka yang lain yang mengumpul ghanimah..dan kesilapan mereka memanglah mengingkari pesan Nabi S.A.W,namun bukan kerana sifat tamaknya mereka..tidak selayaknya Sahabat Nabi R.A di kaitkan sebegitu rupa.Semoga berhati-hati kita dalam mensifatkan para sahabat yang mulia ini akan dibalas dengan kebaikan,ameen.Wallahu a’lam..

Selanjutnya kami di bawa ke kilang percetakan Mushaf Al Quran King Abdul Aziz..Setiap yang melawatnya pasti akan mendapatkan sebuah Al-Quran secara percuma..tetapi lelaki sahaja..ini peraturan di Arab Saudi..yang perempuan boleh membeli di kaunter jualan di luar.Satu lagi…sewaktu di Haramin..aku cuba untuk menjaga wudhu’ku sebaik mungkin.Sebaik terbatal,ku perbaharui semula..dan inilah amalan para Kekasih Allah..tapi di sini..susah nak istiqamah..hehe..alasan la tu :)

Pulang dari Kilang Percetakan Al Quran,kami singgah di Masjid Qiblatain..menunaikan solat tahiyyatul masjid..dan memohon doa pada Yang Maha Mendengar doa hambaNya.Mudah2an aku di beri peluang untuk berkunjung pula ke Masjid yang menjadi Qiblat pertama Muslim..Masjid al Aqsa,ameen.

Sesungguhnya terlalu banyak keberkatan pada Madinah..yang amat ku rindui..namun tak terluah kesemua di sini.Pergilah sendiri..kitakan merasai keberkatannya.. Jujurnya aku tak puas 3 hari di sana..namun banyak hajat dan impianku tertunai jua di sana..ku bacakan selawat dari kitab 'Dalailul Khairat' di belakang Maqam Nabi..S.A.W..kitab ini di beritakan pernah di bakar oleh penguasa.Terpulanglah..bagi aku..tiada yang lebih indah dari memuji Allah dan menghulurkan kalimah salam pada Nabi al-amin menggunakan kalam yang di atur para Ulama'..dan ia menguatkan cintaku pada Nabi..mudah2an..ameen.. 


Madinah ku tinggalkan dengan airmata kerinduan kerna terpaksa berpisah dengan Nabi S.A.W..dan jua doa pada Allah..semoga aku di kembalikan di sini..malah jua mati di sini..ameen..

 

 

 

 

Monday, May 18, 2009

Dah balik dah..Alhamdullillah


Segala puji bagi allah atas nikmat usia dan kesihatan..aku di panjangkan usia untuk menjejakkan kaki kembali ke bumi tanah tumpah darah ku ini..setelah hampir setengah purnama berkelana di baladul amin..Makkah dan Madinatun Nabi..



Biarpun hampir seminggu aku bertawaf wada' tanda meninggalkan tanah haram Makkah,namun rinduku padanya masih membara.jam di tanganku ini belum lagi ku tukar mengikut aturan tempatan..wangian2 yang ku beli di sana masih ku calitkan ditubuh saban hari agar tanah haram terasa dekat di hati ini..sampai demam2 lah rindu ni..sambil demam kerana memang dah nak demam..



Pun begitu aku belum bersedia untuk mencoretkan lembaran kisah sepanjang ku di sana..untuk kenanganku sendiri..biar ia mengambil sedikit masa..asal mudah2n dapat meninggalkan kalau tidak banyak,sedikit kesan baik buat diriku sendiri..untuk bekal buat kenang-kenangan di saat lara..Semoga di beri kekuatan untuk menyiapkannya nanti..ameen..bi sirril Fatihah!